Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

Thursday, March 3, 2011

Jom Melihat Keindahan Bandaraya Kuala Lumpur Yang Bermandikan Lampu Neon....

Salam Satu Malaysia diucapkan kepada para pembaca sekalian. Kali ini kami nak berkongsi pengalaman tentang keindahan ibu negara Malaysia pada waktu malam. Zaman sekarang ini, memang sukar untuk melihat keindahan bandar terutama pada waktu malam. Apatah lagi dengan keadaaan persekitaran yang semakin sibuk dengan urusan kerja dan suasana yang dipenuhi dengan ramai orang. Oleh sebab itu kami pasti setiap daripada anda semua ingin mencari ketenangan dan kepada para pelancong yang baru datang ke ibu negara ini, pasti ingin melihat keindahan malam Kuala Lumpur. Jadi disini kami ingin mengesyorkan satu tempat yang dapat anda melihat Bandaraya Kuala Lumpur yang bermandikan lampu-lampu neon pada waktu malam. Dimana? Jom Pusing-Pusing bersama kami ke tempat yang tenang sambil melihat keindahan malam....

[ Gambar : Selamat Datang Ke Menara Tinjau Ampang, Bukit Ampang]

Untuk pengetahuan anda semua, hanya Menara Tinjau Ampang ini sahaja merupakan kawasan pelancongan yang terletak didalam di antara Ampang dan Hulu Langat. Masing-masing masih dalam Daerah Hulu Langat (kiranya sempadan Hulu Langat - Ampang). Nak naik ke sini memakan masa sikit sebab menara ini terletak di atas Bukit Ampang. Adalah dalam 20 minit dari KLCC ke sini. Tak ada jauh sangat pun bagi sesiapa yang gemar berjalan-jalan pada waktu malam. 

Kami tiba di destinasi ini lebih kurang pukul 2.00 pagi (ke pukul 1.30 pagi?? Lebih kurang la, huhuhuhu ^^; ). Pada masa itu memang ramai orang yang berada disana terutama warga cina. Kebanyakan mereka datang melihat suasana indah ini sambil menjamu selera bersama rakan - rakan dan keluarga. Terdapat 4 restoran yang beroperasi disini iaitu:

[ Gambar : Restoran Gasolin, Restoran Haven & Restoran Look Out Point]

Restoran-restoran ini hanya dibuka pada waktu petang (paling molek lepas pukul 7 malam) hingga pukul 2.30 pagi pada hari biasa dan 3.00 pagi pada hujung minggu. Kami pula telah memilih restoran yang ke-4 iaitu Restoran Panorama untuk melihat suasana bandar pada waktu malam. Kami cuma cuci mata melihat bandar sahaja, tak cuci mulut pun (maksudnya cuma tengok bandar saja, tak makan pun)....huhuuhuhuhu =,=. Anda nak cuci mata sekali? Meh cuci-cuci mata anda pada gambar-gambar dibawah.

[ Gambar : Bersama-sama rakan sekelas dan kumpulan 'Final Projek' di
depan pintu masuk Restoran Panorama]

[ Gambar : Antara beberapa gambar semasa kami di Menara Tinjau. Lihat betapa kusyuknya rakan kami melihat pemandangan yang indah ini. ^O^]

Ok la, tak larat nak tulis panjang-panjang sebab minggu ini banyak gila pembentangan. Apa-apa pun kepada sesiapa yang tak tahu jalan ke Menara Tinjau ini, sila lihat peta dibawah......

[ Peta : Ada 2 jalan untuk ke Menara Tinjau ini. Pilihlah mana-mana yang anda suka]

Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing!!!!!!! ^O^

FYI:
Untuk pengetahuan semua, untuk sampai ke puncak Menara Tinjau terdapat lebih kurang 117 anak tangga dihiasi pemandangan menarik bandaraya Kuala Lumpur.

Jom Pusing-Pusing:
Ingin lihat lebih banyak gambar yang menarik semasa kami menjalankan research? Jangan segan silu untuk  klik disini...(Facebook kami leeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrr ^O^)

18 comments:

wow:) cantiknya tempat ni:)
 
mmg cantik....
lagi2 waktu malam....
kalau nak tengok bunga api masa ada event2 besa spt tahun baru @ merdeka...
tempat nie mmg sesuai sebab boleh nampak semuanya....
^O^
 
dengar2 restaurant kat atas tu mahal2 harga makanan dia ea?
 
yup....
memang betul.....
sebab itu kami hanya melihat sahaja...
tak makan pun, huhuhuhu.....

tapi kalau anda nak makanan yg murah sambil melihat pemandangan...
anda boleh ke gerai2 makanan berdekatan dgn menara ampang tersebut....
gerai2 itu bersebelahan dgn signboard ampang saujana....
(akan jumpe gerai tersebut sebelum ke menara ampang)
 
Menarik! Boleh pergi nih! Waktu operasi sampai kul bape? ker bila2 masa jer...
 
kalau restaurant...
slalu ye dalam pukul 7 malam sampai 3 pagi....
kalau menara tinjau 2,
sentiasa dibuka...
dari pagi hingga malam....
 
Makanan ape yg ade kat gerai2 bawah tu?
harga dia macamana?
teringin nak pergi la
 
Macam2 ada.....
ada laksa, yong tau fu, burger, otak2, ice blender dll....
harganya pula ikut kedai...
byk kedai dia...

gerai2 ini dibuka dari pukul 5 ptg hingga 1 pagi (weekdays) manakala pukul 5 ptg hingga 5 pagi (weekends).
 
wah.. baru tau.. banyak jugak tmpat menarik sekitar hulu langat ni..
 
yup,...
mmg banyak...
selalulah berkunjung ke blog kami untuk mengetahui tempat2 menarik yg ada...
 
gempak la pul =)
serius smart blog kau ni
 
edy: nie blog group aku la...
btw, thankz coz komen...
n tgk2 r dkat FB kite org skali taw...
 
weyh best blog ni tapi buat satu Malaysia huhu ko explore je mane2 tempat menarik ko bagi tau. huhu
 
satu Malaysia eman???
hahaahha...
insyaAllah kalau diizinkan...
pape pun thankz ye sebab sudi singgah blog nie...
rajin2 sudi2 la singgah dkat FB Hulu Langat juga...
c(;
 
x de entry baru ker? asyik yg ni jer..
 
beryl's chocolate tu nape x de gmbar korang g sana pun?? nak tgok jugk yg real korg g sana..
 
salam.. kat mana spot paling best tuk jungle trekking kat hulu langat ha?? rase nak buat aktivit kat sana la
 
lady: kami selalu mengupdate entry di blog ini seminggu sekali....(sama ada hari rabu ataupun hari jumaat)...harap bersabar ye....^O^

damia: rombongan kami ke kilang itu semasa semester yg lalu...jadi kebanyakkan gamba yg ditangkap adalah tidak formal & tidak berapa sesuai diletakkan didalam blog mahupun FB, harap maaf ye....^O^

extreme_boy: anda boleh bace entry kami ini, Gunung Chenuang, Gunung Low Profile??? dan juga Gunung Nuang, Puncak Paling Tinggi Dekat Selangor untuk maklumat lebih lanjut...^O^
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...