Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Saturday, January 1, 2011

Gunung Nuang, Puncak Paling Tinggi Dekat Selangor....



Hari ini bersempena dengan tahun baru, aku pasti setiap dari anda semua tentu sudah memasang hajat dan azam yang tinggi...sama tinggi dengan puncak yang tertinggi di Negeri Selangor ini. Sambil melihat bunga api yang berwarna-warni di langit, sambil itu masing-masing memasang hajat dan azam untuk tahun baru ini. Bagi yang tidak sempat nak tunaikan azam tahun 2010, jangan segan silu untuk 'top-up' azam baru anda itu dengan azam tahun 2011 ye...hihihihihiihihihi ^O^

Baiklah. Sebenarye aku ada menerima pertanyaan dan komen daripada "Orang Tak Bernama" kemarin yang bertanyakan tentang ketinggian gunung nuang ini. Mungkin orang tersebut ingin menyambut tahun baru disana dengan melihat bunga api dekat Genting Highland, ataupun ingin menjerit dengan sekuat hati melaungkan azam dan hajat 2011 ye tanpa diketahui oleh orang lain. (Ish ko nie, tak baik bersangka buruk tahu...dush dush). Jadi, aku pun cari la maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk menerangkan lebih lanjut tentang Gunung Nuang ini. ( Secara rasminya ayat tadi menunjukkan yang aku tak pernah pergi lagi tempat ini ^^; ).




[ tak tahu siapa yang bertanya tapi terima kasih sebab bagi aku kerja untuk cari maklumat tentangnya ]

Gunung Nuang sememangnya menarik untuk didaki terutama sekali bagi para pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu. Selalunya mereka ini akan membuat latihan mendaki di Gunung Nuang bagi yang duduk di Selangor lor (kalau ikut logik akal kawe). Ada 3 jalan masuk untuk naik ke gunung ini iaitu Kuala Pangsoon dekat Hulu Langat, Kampung Kemensah dekat Gombak dan Bukit Tinggi dekat Bentong Pahang (orang pahang pun joint jugak rupanya). Senang cerita anda semua skrol la ke bawah untuk tahu maklumat asas dia dengan lebih lanjut.


  
Amacam, best tak maklumat yang aku dapat ni??? Bestkan...Sekarang mari kita semua berkongsi pengalaman Daweeya dan juga Kwong Fei yang telah mendaki Gunung Nuang ini, Jom Pusing-Pusing!!!!!



Si cantik molek ni pergi berkhemah disana, bersama 21 orang yang sertai perkhemahan itu. Dah kata berkhemah bukan, jadi sudah semestinya mereka bermalam disana. Mereka berkhemah dekat Kem Lolo, salah satu tempat perkhemahan yang telah disediakan oleh pihak Gunung Nuang kepada para pendaki. Ambik masa lebih kurang 3 jam jugak la dorang nak memanjat untuk sampai ke Kem Lolo itu. Sampai-sampai aje dekat situ, berdirilah khemah-khemah dan barang-barang yang sewaktu dengannya yang mereka bawak dan siapkan sebagai persiapan untuk bermalam kat situ.

 [ tanda tapak perkhemahan cik Daweeya ]

Esok paginya, selepas dikejutkan dengan lolongan apek (apa yang Daweeya cakap dalam blog dia lor), mereka pun bersiap-sedia untuk mendaki. Daripada 21 orang, 5 orang sudah pancit sebab stamina tak berapa cukup agaknya. Si kawan Daweeya ni pula beberapa kali jatuh tapi mujur ketua pendakinya ada untuk menjaga mereka tapi dorang suka pulak (hahaha, biasa la tu kan kan kan)


 [ ketua dan apek yang dikatakan oleh cik Daweeya, patut la suke. Jangan marah ye ]

Sampai dekat Kem Pacat, mereka berehat-rehat dan isi perut dulu sebelum sambung pendakian. Ambik gambar pemandangan, posing sana sini, makan dan macam-macam lagi. Memang seronok la kalau baca. Objektif cik daweeya ni nak sampai ke Puncak Pengasih tapi malangnya tidak kesampaian sebab hujan, ketua mereka tak bagi demi keselamatan. Banyak lagi kesah menarik gambar tentang pendakian Daweeya ni dan anda semua boleh layan nukilannya di bahagian akhir entry ini.


[ "baru redah anak sungai, belum ayah sungai lagi" kate Daweeya ]


2. Kwong Fei


Cerita Kwong Fei nie bagi aku paling menarik sekali. Walaupun ceritanya ditulis dalam bahasa inggeris namun senang difahami. Mungkin sebab aku dah biasa belajar dalam bahasa inggeris agaknya tapi itu nombor 2 @ 3 @ 100 sebab yang penting cerita dia boleh buat anda semua macam ada dekat pendakian itu. Syok gila tahap dewa sungguh la wa cakap sama lu orang.


 [ antara yang menyertai pendakian bersama Kwong Fei dan Jie Jie ]


Kwong Fei nie baru saja pulang seminggu dari Australia. Tanpa apa-apa persiapan dia telah setuju untuk mengikuti pendakian ini bersama kawan dari alam mayanya iaitu Sie Jie Jie, ia sememangnya satu perjalanan yang amat mencabar bagi Kwong Fei. Mana taknya, tak ada pape persiapan dan kelengkapan dia boleh redah pergi macam itu sahaja. Mujur ada Jie Jie yang banyak menyiapkan segala peralatan untuk dia. Memang tabik spring la dekat Jie Jie ini. Ketika kaki Kwong Fei kene hisap dengan lintah pun dia tolong taburkan garam sebab Kwong terlupa membawanya. (Memang macam doreamon sungguh, semua ada)


[ inilah Jie Jie dengan teman lelaki dia agaknya ]

Disebabkan Kwong tidak bersiap sedia dari segi mental dan fizikal, dia hanya mampu mendaki sampai ke Kem Pacat sahaja. Kwong betul-betul sedih tapi nak buat macam mana sebab otot-otot dia memang dah tak mampu nak bertahan. Jadi dia pun turunlah sendirian ke tempat asalnya tadi. setelah diberi Yoko-Yoko dan makanan tengah hari oleh Jie Jie (kan betul macam doraemon). Mujur dia berjumpa dengan Madam Wong bersama dengan kumpulan Madam ini. Madam Wong merupakan pemandu pelancong yang membawa para pelancong melawat Gunung Nuang masa tu. Madam Wong ini memang baik sebab bagi Kwong sertai mereka dan dalam masa yang sama mereka dapat berborak macam-macam perkara. 

[ Madam Wong bersama dengan Kwong Fei ]
  
Sebelum sampai ke pintu masuk Gunung Nuang tadi, satu pemandangan yang tidak berapa enak telah berlaku. Mereka telah menemui pelbagai jenis sampah-sarap dikawasan tersebut. Tak elok la kan buang samapah merata-rata, cacat pemandangan dan buat pencemaran alam dan bau sahaja. Tumbuhan-tumbuhan comel pun tak dapat nak hidup dengan baik dan selesa. Disebabkan itu, Madam telah meminta tolong Kwong agar mengambil gambar dan menasihatkan kepada orang ramai agar dapat menjaga kebersihan alam semula jadi bersama-sama supaya semua orang dapat menikmatinya dengan selesa hingga ke anak cucu nanti.

[ kalau sampah bertaburan seperti ini, macam mana tumbuhan seperti gambar dibawah ini mahu hidup? ]


Oleh itu, diharap agar semua pengunjung agar sentiasa menjaga kebersihan di mana-mana sahaja. Kwong terus tunggu di hadapan pintu masuk untuk menunggu kumpulannya turun. Orang pertama dari kumpulannya sampai ke pintu masuk pada pukul 6.40 petang dan yang terakhir sampai pada pukul 7.20 malam. Sememangnya satu pendakian yang menarik dan aku amat-amat berharap agar sesiapa yang mahu pergi Gunung Nuang ini dapat membaca blognya terlebih dahulu agar semangat untuk pergi ke sana semakin membara. Banyak lagi gambar-gambar yang amat menarik boleh anda semua lihat di blog Kwong ini.

Sampai sini sahaja nukilan dan perkonsian ilmuan kita pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam entry yang akan datang dalam Jom Pusing-Pusing Hulu Langat. Salam 1 Malaysia dan Adios ^O^


FYI:
1. Klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang cerita Daweeya.
2. Klik sini untuk membaca pengembaraan Kwong Fei di Gunung Nuang dengan lebih teruja.
3. Klik sini pula jika anda ingin mengambil Madam Wong sebagai Pemandu Pelancong anda di sana nanti.


Pesanan Penulis:
Idea untuk menulis datang tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Jika idea sudah datang, agar sukar untuk menangguhkannya kerana takut ianya hilang begitu sahaja. Walaupun entry ini agak panjang namun hayati la ia supaya anda dapat memahami bertapa seronok dan gembiranya mereka mendaki Gunung Nuang ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...