Sebelum kita sambung belajar tentang fakta-fakta tumbuhan yang'kawai' ini bak kata orang jepun, kami nak berterima kasih pada empuya entry tumbuhan ini iaitu geng BLOGBUSTERS sebab sudi berkongsi maklumat dengan kami.
Hihihihiiihii....
[sebelum nak pergi mandi sungai atau daki gunung, meh sini belajar dengan pak cik yo]
Tunggu apa lagi, jom kita pusing-pusing tengok secomel mana tumbuhan yang bahaya sangat tu....
‘Pak Guard’ / ‘Mak Guard’ semulajadi : Cnidoscolus angustidens / ‘Mala Mujer’
Dalam bahasa Spanish, ‘Mala Mujer’ membawa maksud ‘Perempuan Jalang / Jahat / Syaitan’. Dikatakan bahawa tumbuhan laman ini lebih kepada membawa kesakitan berbanding beracun disebabkan hampir 80% daripada keseluruhan tumbuhan ini diselaputi oleh duri tajam dan kelihatan seolah-olah ‘bertompok-tompok’ sekiranya dilihat dari jauh. Namun, bukanlah duri itu ancaman yang sebenarnya. Apa yang menjadikan tumbuhan ini berbahaya adalah getah yang terkandung di dalamnya yang mampu menyebabkan extreme pain (kesakitan melampau) yang boleh berpanjangan sehingga berjam-jam dan ada kes sehingga berhari-hari malah, berminggu-minggu! Wah, bahaya gila wei......
Si Cantik Tak Manis : Nerium oleander
Waktu kecik-kecik dulu kita selalu tengok budak-budak kecik suka sangat petik bunga dan suap dalam mulut dorang. Tapi nampak gayanya lepas ini kalau nampak budak-budak buat macam itu lagi, mintak izin mak ayah budak tu dulu untuk babak tangan anak-anak dorang. Bukannya apa, nampak aja bunga ni lawa bak bidadari dari luar tapi sebenarnya ia boleh menyebabkan kegagalan jantung dan terdapat kes yang melaporkan kematian berkenaan tumbuhan rupawan nih. MAK OIT!!!!. Sekali pandang macam orkid wa cakap sama lu. Terdapat juga kes di California di mana seorang wanita dijatuhkan hukuman akibat cubaannya membunuh suaminya menggunakan tumbuhan ni. Mungkin isteri laki ni teringin sangat nak jadi Poison Ivy macam dalam komik Batman agaknya.Pengeluar ‘Serbuk Zombie’ : Brugmansia / Angel’s Trumpet
Tapi…tapi…sumpah pokok ni cantik, kan? Tapi…tapi…kamu tau tak pokok ni ada beberapa toksin yang sangat ohsem seperti atropine, hyoscyamine, and scopolamine di mana terdapat laporan di Colombia, penjenayah-penjenayah meng-ekstrak toksin-toksin tersebut untuk dijadikan dadah lantas menjadikan mangsa-mangsanya ‘unaware of what they are doing but entirely conscious’. Kiranya macam zombie la. Toksin-toksin tu pulak kalau kamu nak tau boleh diserap melalui kulit dan selaput lendir, membolehkan penjahat untuk meniup toksin tersebut di wajah seseorang. Kedengarannya apa itu sih?Buah Terlarang : Choke Cherry / Wild Cherry
Nampak macam sedap je kan bila tengok buah tu tapi kamu semua jangan la cuak sangat. Untuk pengetahuan kamu, buahnya takde masalah pun untuk dimakan, tapi ranting dan daunnya yang bahaya sebab ianya mengandungi hydrocyanic acid, yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan kegagalan sistem respiratori sekiranya di-consume. Bila difikir balik, sape la yang nak makan ranting pokok nie, betul tak? Daun? Oh, mungkin dijadikan ‘tisu pengelap najis semulajadi’.Cleopatra’s Favorite Seeds : Strychnine Tree
Mangsa akan mengalami muntah-muntah, pengcutan otot dan convulsions once consumed it. Ini kerana, seperti namanya, Strychnine Tree mengandungi strychnine dan brucine, yang boleh membawa kepada kematian. Cis, rupa dah sebijik macam buah jeruk yang selalu kakak kawan selalu makan tu dah.Pembunuh Ibu Presiden : Snakeroot / Eupatorium rugosum
Ramai yang consume susu lembu. Tapi awas ya kamu, mungkin susu lembu itu datangnya dari lembu yang tersalah makan tumbuhan ini yang mengandungi tremetol, sejenis alkohol yang boleh menyebabkan ‘muscle tremors’ pada haiwan sebelum menyebabkan kematian. Ini boleh mengakibatkan ‘milk sickness’ (akibat keracunan tremetol). In fact, yang menyebabkan kematian Nancy Hanks, ibu kepada presiden Abraham Lincoln adalah ‘milk sickness’, bukannya secara direct-contact dengan tumbuhan ini.Rhododendron
Rhododendrons dan ‘azalea bushes’ (a variety of rhododendron), kelihatan sangat cantik sekiranya berada di halaman rumah pada musim bunga. Tetapi, berhati-hati dengan daun dan madu daripada nektarnya – kedua-duanya sangat bertoksik. Ingesi (kemasukan) secara feko-oral (mulut) akan menyebabkan mulut seolah-olah ‘terbakar’, peningkatan air liur yang berlebihan, muntah-muntah, cirit-birit dan gatal-gatal pada kulit. Sakit kepala, lemah otot dan kekaburan pandangan mungkin akan berlaku sebagai simptom. Jantung pula akan mengalami penurunan degupan dan mungkin mengakibatkan koma sekiranya lewat diberi rawatan. Damn tits.Castor Bean / Ricinus communis
Pergh! Nama pun dah komunis la wei. Castor Bean ni buahnya seakan-akan bijik getah yang selalu kita tengok tu. Pokok ni menghasilkan ‘castor oil’ yang banyak digunakan bagi tujuan tertentu seperti ramuan dalam anti-fungal, pembedahan plastik, dan sewaktu dengannya. Buahnya mengandungi ricin, sejenis toksin, yang juga hadir dalam batang tumbuhan ni. Bahayanya, buah Castor Bean ni sangat bertoksik yang boleh menyebabkan nausea, kekejangan perut, muntah (after effect of the nausea), pendarahan dan akhir sekali kegagalan sistem metabolik, dimana ianya sangat pasti boleh menyebabkan kamu dihantar ke wad sekiranya tertelan.
Pembunuh Comel Yang Ditakuti di Amerika Utara : Water Hemlock / Cicuta douglasii
Tak lengkap list kalau tak ada tumbuhan yang comey-lote. Tumbuhan ni mengandungi cicutoxin, yang boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang sangat teruk – mengakibatkan hilang kesedaran tubuh dan kesedaran sivik (LOL) dan kontraksi otot yang kritikal, yang menyebabkan kematian sekiranya ter-consume.
Itula antara cebisan-cebisan tumbuhan comel tapi bahaya yang dapat kita pelajari sebelum mandi sungai ataupun nak mendaki gunung ye anak-anak. Entry ini kami dan ubah sikit ayat-ayatnya supaya nanti tak ada la orang lain kata 'copy paste' 100%. Oleh itu berhati-hati di jalan raya. Mana tahu nanti korang petik bunga-bunga cantik kat tepi jalan tapi tak tahu apa-apa info tentang tumbuhan itu. Bahaya-bahaya....
FYI:
Sila jangan salahkan kami jika anda jumpa tumbuhan-tumbuhan ini dan buat aksi berani mati. Ini cuba sebagai daripada pengenalan blog ini sebelum masuk ke bahagian yang lebih mendalam. Kami juga bukanlah para pelajar jurusan perubatan yang mampu mengubat anda. Jadi sayangi perut anda setiap hari ^O^
Jom Pusing-Pusing:
Hari ini kami pergi berkunjung ke Majlis Perbandaran untuk mendapat lebih maklumat mengenai Hulu Langat. Jadi jangan lupa teruskan membaca entry kami yang comey-lote ini walaupun tak segah bangunan KLCC....
4 comments:
will find other new information for the future
^O^
i google for plantsn i found ur blog..
interesting one
nice job
Post a Comment