Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

Wednesday, December 29, 2010

Tumbuhan Comel Yang Merbahaya...

Memandangkan Hulu Langat terkenal dengan kawasan sungai dan juga gunung, hari ini kami nak berkongsi sikit tentang beberapa jenis tumbuhan comel yang merbahaya. Tak pasti la pulak sama ada tumbuhan ni ada atau tidak dekat Malaysia tapi mencegah lebih baik dari berubatkan??


Sebelum kita sambung belajar tentang fakta-fakta tumbuhan yang'kawai' ini bak kata orang jepun, kami nak berterima kasih pada empuya entry tumbuhan ini iaitu geng BLOGBUSTERS sebab sudi berkongsi maklumat dengan kami.
Hihihihiiihii....


 [sebelum nak pergi mandi sungai atau daki gunung, meh sini belajar dengan pak cik yo]


Tunggu apa lagi, jom kita pusing-pusing tengok secomel mana tumbuhan yang bahaya sangat tu....




Pak Guard’ / ‘Mak Guard’ semulajadi : Cnidoscolus angustidens / ‘Mala Mujer’
mala mujer
Dalam bahasa Spanish, ‘Mala Mujer’ membawa maksud ‘Perempuan Jalang / Jahat / Syaitan’. Dikatakan bahawa tumbuhan laman ini lebih kepada membawa kesakitan berbanding beracun disebabkan hampir 80% daripada keseluruhan tumbuhan ini diselaputi oleh duri tajam dan kelihatan seolah-olah ‘bertompok-tompok’ sekiranya dilihat dari jauh. Namun, bukanlah duri itu ancaman yang sebenarnya. Apa yang menjadikan tumbuhan ini berbahaya adalah getah yang terkandung di dalamnya yang mampu menyebabkan extreme pain (kesakitan melampau) yang boleh berpanjangan sehingga berjam-jam dan ada kes sehingga berhari-hari malah, berminggu-minggu! Wah, bahaya gila wei......


Si Cantik Tak Manis : Nerium oleander
neriumWaktu kecik-kecik dulu kita selalu tengok budak-budak kecik suka sangat petik bunga dan suap dalam mulut dorang. Tapi nampak gayanya lepas ini kalau nampak budak-budak buat macam itu lagi, mintak izin mak ayah budak tu dulu untuk babak tangan anak-anak dorang. Bukannya apa, nampak aja bunga ni lawa bak bidadari dari luar tapi sebenarnya ia boleh menyebabkan kegagalan jantung dan terdapat kes yang melaporkan kematian berkenaan tumbuhan rupawan nih. MAK OIT!!!!. Sekali pandang macam orkid wa cakap sama lu. Terdapat juga kes di California di mana seorang wanita dijatuhkan hukuman akibat cubaannya membunuh suaminya menggunakan tumbuhan ni. Mungkin isteri laki ni teringin sangat nak jadi Poison Ivy macam dalam komik Batman agaknya.


Pengeluar ‘Serbuk Zombie’ : Brugmansia / Angel’s Trumpet
brugmansia
Tapi…tapi…sumpah pokok ni cantik, kan? Tapi…tapi…kamu tau tak pokok ni ada beberapa toksin yang sangat ohsem seperti atropine, hyoscyamine, and scopolamine di mana terdapat laporan di Colombia, penjenayah-penjenayah meng-ekstrak toksin-toksin tersebut untuk dijadikan dadah lantas menjadikan mangsa-mangsanya ‘unaware of what they are doing but entirely conscious’. Kiranya macam zombie la. Toksin-toksin tu pulak kalau kamu nak tau boleh diserap melalui kulit dan selaput lendir, membolehkan penjahat untuk meniup toksin tersebut di wajah seseorang. Kedengarannya apa itu sih?


Buah Terlarang : Choke Cherry / Wild Cherry
choke cherry
Nampak macam sedap je kan bila tengok buah tu tapi kamu semua jangan la cuak sangat. Untuk pengetahuan kamu, buahnya takde masalah pun untuk dimakan, tapi ranting dan daunnya yang bahaya sebab ianya mengandungi hydrocyanic acid, yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan kegagalan sistem respiratori sekiranya di-consume. Bila difikir balik, sape la yang nak makan ranting pokok nie, betul tak? Daun? Oh, mungkin dijadikan ‘tisu pengelap najis semulajadi’.


Cleopatra’s Favorite Seeds : Strychnine Tree
strychnine
Mangsa akan mengalami muntah-muntah, pengcutan otot dan convulsions once consumed it. Ini kerana, seperti namanya, Strychnine Tree mengandungi strychnine dan brucine, yang boleh membawa kepada kematian. Cis, rupa dah sebijik macam buah jeruk yang selalu kakak kawan selalu makan tu dah.


Pembunuh Ibu Presiden : Snakeroot / Eupatorium rugosum
snakeroot
Ramai yang consume susu lembu. Tapi awas ya kamu, mungkin susu lembu itu datangnya dari lembu yang tersalah makan tumbuhan ini yang mengandungi tremetol, sejenis alkohol yang boleh menyebabkan ‘muscle tremors’ pada haiwan sebelum menyebabkan kematian. Ini boleh mengakibatkan ‘milk sickness’ (akibat keracunan tremetol). In fact, yang menyebabkan kematian Nancy Hanks, ibu kepada presiden Abraham Lincoln adalah ‘milk sickness’, bukannya secara direct-contact dengan tumbuhan ini.


Rhododendron
rhododendron
Rhododendrons dan ‘azalea bushes’ (a variety of rhododendron), kelihatan sangat cantik sekiranya berada di halaman rumah pada musim bunga. Tetapi, berhati-hati dengan daun dan madu daripada nektarnya – kedua-duanya sangat bertoksik. Ingesi (kemasukan) secara feko-oral (mulut) akan menyebabkan mulut seolah-olah ‘terbakar’, peningkatan air liur yang berlebihan, muntah-muntah, cirit-birit dan gatal-gatal pada kulit. Sakit kepala, lemah otot dan kekaburan pandangan mungkin akan berlaku sebagai simptom. Jantung pula akan mengalami penurunan degupan dan mungkin mengakibatkan koma sekiranya lewat diberi rawatan. Damn tits.


Castor Bean / Ricinus communis
Ricinus-communis 
Pergh! Nama pun dah komunis la wei. Castor Bean ni buahnya seakan-akan bijik getah yang selalu kita tengok tu. Pokok ni menghasilkan ‘castor oil’ yang banyak digunakan bagi tujuan tertentu seperti ramuan dalam anti-fungal, pembedahan plastik, dan sewaktu dengannya. Buahnya mengandungi ricin, sejenis toksin, yang juga hadir dalam batang tumbuhan ni. Bahayanya, buah Castor Bean ni sangat bertoksik yang boleh menyebabkan nausea, kekejangan perut, muntah (after effect of the nausea), pendarahan dan akhir sekali kegagalan sistem metabolik, dimana ianya sangat pasti boleh menyebabkan kamu dihantar ke wad sekiranya tertelan.

Pembunuh Comel Yang Ditakuti di Amerika Utara : Water Hemlock / Cicuta douglasii
water hemlock 
Tak lengkap list kalau tak ada tumbuhan yang comey-lote. Tumbuhan ni mengandungi cicutoxin, yang boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang sangat teruk – mengakibatkan hilang kesedaran tubuh dan kesedaran sivik (LOL) dan kontraksi otot yang kritikal, yang menyebabkan kematian sekiranya ter-consume.

Itula antara cebisan-cebisan tumbuhan comel tapi bahaya yang dapat kita pelajari sebelum mandi sungai ataupun nak mendaki gunung ye anak-anak. Entry ini kami dan ubah sikit ayat-ayatnya supaya nanti tak ada la orang lain kata 'copy paste' 100%. Oleh itu berhati-hati di jalan raya. Mana tahu nanti korang petik bunga-bunga cantik kat tepi jalan tapi tak tahu apa-apa info tentang tumbuhan itu. Bahaya-bahaya....

FYI:
Sila jangan salahkan kami jika anda jumpa tumbuhan-tumbuhan ini dan buat aksi berani mati. Ini cuba sebagai daripada pengenalan blog ini sebelum masuk ke bahagian yang lebih mendalam. Kami juga bukanlah para pelajar jurusan perubatan yang mampu mengubat anda. Jadi sayangi perut anda setiap hari ^O^

Jom Pusing-Pusing:
Hari ini kami pergi berkunjung ke Majlis Perbandaran untuk mendapat lebih maklumat mengenai Hulu Langat. Jadi jangan lupa teruskan membaca entry kami yang comey-lote ini walaupun tak segah bangunan KLCC....

Wednesday, December 22, 2010

Apa itu Hulu Langat???

Jika kita ingin pergi ke sesuatu tempat, pasti kita akan buat kajian terlebih dahulu tempat yang kita nak pergi. Oleh sebab itu, tangan aku pun mengatal la taip 'hulu langat'  kat carian google. Maklumla, nak berperang kena la siap senjata dan bekalan ye...(poyo sungguh ayat aku nie, buweek)


[Hulu Langat, hulu langat??..... Macam nie ke cerita dia??!!!]


Daerah ini dulu katanya berasal dari jajahan Negeri Sembilan tapi disebabkan oleh persepakatan yang menyebabkan penyerahan daerah Lukut kepada negeri Sembilan, maka Selangor dan Negeri Sembilan pun buat la sistem barter sebab daerah Lukut dulu dibuka oleh raja Selangor, kira daerah Lukut dulu milik raja Selangor lor (klik sini kalau tak percaya). Disebabkan Hulu Langat ini berasal dari jajahan Negeri Sembilan, maka ramailah penduduk-penduduk sini berbahasa loghat Negeri Sembilan. Jadi,jangan terkejut pulak bila anda pergi ke sana nanti takut anda ingat dah masuk kawasan Negeri Sembilan pula.

Daerah Hulu Langat ada 7 buah mukim (p bukak buku geografi sekolah kalau tak tahu mukim itu apa) yang diwartakan di bawah Kanun keseksaan Tanah Negara iaitu:
  1. Mukim Ampang.
  2. Beranang
  3. Cheras
  4. Hulu Langat
  5. Hulu Semenyih
  6. Semenyih
  7. Kajang
Majoriti penduduk kat sini kerja dalam bidang pertanian memandangkan kat daerah nie banyak sungai-sungai yang cantik dan indah (faktor kerja penduduk ini aku fikir logik aje ok, jangan percaya 100% ). Memandangkan maklumat yang aku dapat dari laman web ini terakhir dikemaskini pada 20 Oktober 2010, rasaye bilangan penduduk dalam daerah nie adalah original dan bukannya auta iaitu melayu sebanyak 39,279 orang, cina sebanyak 47,147 orang, india sebanyak 10,916 orang dan lain-lain kaum sebanyak 98 orang.


Ada banyak sejarah menarik yang bernafas di Hulu Langat ini. Tapi takut pula korang rasa bosan dengan entry yang panjang lebar macam karangan ini. Jadi aku akan tinggalkan link kat bawah ini untuk santapan makan tengah hari korang semua. Tunggu apa lagi, sertai kami untuk menjelajah lebih dekat tentang Hulu Langat. JOM PUSING-PUSING ^o^


FYI: 
Ini link-link yang aku cari untuk entry ini.
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hulu_Langat
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kampung_Baru_Daerah_Hulu_Langat_Daerah_Hulu_Langat
Pesanan Penulis:
Aku bukan ye taknak tulis entry nie dalam Bahasa Inggeris tapi aku tak reti nak berceloteh secara bertulis dalam Bahasa Inggeris. Takut nanti anda semua salah tafsir maksud yang cuba ingin disampaikan. Yang penting anda semua dapat info yang berguna dan faham akan kata-kata yang ingin disampaikan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...