Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Wednesday, March 30, 2011

JPPHL - Don't Just Dreaming, Experience It...^O^

enjoy yourself!
short intercative video of HULU LANGAT by JOM PUSING-PUSING ^^

Friday, March 25, 2011

Haji Abdul Jalil, Pengasas Kepada Hulu Langat (Bahagian 2)

Ucapan Salam Satu Malaysia Diucapkan. Belum baca bahagian yang pertama? Sila klik > ini <

....Sesudah menang dalam perlawanan tersebut, beliau dan orang asli pun buat la perundingan dan bercakap-cakap perkara yang patut. Lama-lama tu, orang asli tu cakap la ,

" Kamu semua kalau boleh tak payahlah nak berpindah-randah sangat, buka satu tempat dekat sini. Tebanglah hutan-hutan ini dan buat rumah disini supaya ada satu penempatan yang tetap."

Jadi bukalah mereka penempatan disitu dan Haji pun sampaikanlah pada pengikut-pengikutnya. Jika mereka rajin buka kawasan, besarlah kawasan mereka dan jika tak rajin a.k.a malas buka kawasan maka keciklah kawasan mereka. Pada masa itu masih belum lagi wujud istilah geran, jadi mereka bebas untuk membuka sebesar mana pun kawasan.

Jadi mereka bukalah kawasan hingga ke kawasan langat melalui sungai Kajang. Sampai dekat Langat, mereka berjumpa lagi kumpulan orang asli. Namun bila Haji dan yang lain-lain ingin meneruskan perjalanan, orang asli dekat situ agak keberatan untuk benarkan sebab kalau diteruskan lagi akan hangat kerana airnya hangat. Disebabkan itu namanya HULU LANGAT sebab airnya hangat dan sehingga sekarang masih ada lagi air hangat tersebut melalui wujudnya kolam air panas pada masa sekarang.

Setelah bertahun-tahun lamanya dimana setelah diwujudkan kerajaan, adanya pejabat daerah dan pelbagai lagi, Haji Abdul Jalil ini telah meminta semua orang yang telah membuka kawasan diadakan geran dan dari situlah adanya geran melayu dikawasan hulu langat ini. Geran Melayu ini berfungsi agar orang aasing taupun lebih sesuai digelar bangsa asing tidak dibenarkan membeli dan orang yang membuka juga tidak boleh menjual kawasan yang telah dibuka kepada bangsa asing.

Terdapat dua jenis geran yang dikatakan oleh nenek ini. Dua geran tersebut ialah geran putih dan juga geran merah. Geran Putih bermakna geran tersebut boleh dijual kepada bangsa asing manakala Geran Merah pula tidak boleh dijualkan kepada bangsa asing sama sekali.kerana geran merah inilah geran melayu dan geran ini hanya boleh dijual kepada orang melayu SAHAJA. Inilah permintaan Haji Abdul Jalil yang bertujuan bagi mempertahankan hak melayu. Oleh hal yang demikian, kawasan Hulu Langat ini masih wujud hingga sekarang dan konsepnya sama seperti Kampung Baru yang masih wujud hingga sekarang.

Berakhirlah kisah bagaimana wujudnya Hulu Langat ini. Anda puas hati dengan cerita ini? Kami harap anda semua berpuas hati dengan hasil kajian kami ini. Untuk pengetahuan anda semua, tapak rumah Haji Abdul Jalil ini masih wujud lagi dan tapaknya ialah tempat dimana kami adakan temuramah ini. Tekejut sebentar disitu, huhuhuu....Sampai sini sahaja tulisan pada hari ini. Selamat berpusing-pusing kepada para pembaca sekalian..^O^

 [Inilah tapak rumah Haji Abdul Jalil yang diduduki oleh nenek ini hingga sekarang ]

FYI:

Kami bergambar bersama-sama nenek ini yang merupakan keturunan ke-7 (Sumatera) & ke-3 (Malaysia). Perempuan bertudung yang sedang duduk itu merupakan keturunan yang ke-4 manakala lelaki berbaju kotak itu merupakan keturunan ke-5 kepada Haji Abdul Jalil.

Sementara itu, kami nak beritahu yang dialog itu hanyalah rekaan kami melalui pemahaman kami setelah bertemubual dengan nenek ini. Hihihihihihi c( ;

Jom Pusing-Pusing:
30 Mac ini merupakan hari perbentangan kami mengenai segala hasil yang kami lakukan mengenai kajian kami melalui blog dan facebook kami iaitu Jom Pusing-Pusing ini. Kami berharan kepada para pembaca sekalian semoga dapat mendoakan kejayaan kami semua dan kami juga berharap dapat menempuh saat-saat yang sukar ini dengan selamat. DOAKAN KAMI OK!!!!!!!!! ^O^

Wednesday, March 16, 2011

Haji Abdul Jalil, Pengasas Kepada Hulu Langat (Bahagian 1)

Salam satu Malaysia pada para pembaca sekalian. Kenapa pula  ada gambar nenek ini? Siapa nenek ini yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Haji Abdul Jalil dan siapa pula Haji Abdul Jalil??? Haaaa, banyak  bukan persoalan dekat sini. Jadi tajuk kami hari ini merupakan tajuk yang lebih hangat daripada biasa. Sebab apa? Sebabnya kita akan membongkar serba sedikit mengenai SEJARAH HULU LANGAT. Ya, sejarah yang tidak dapat anda dapati di mana-mana carian internet. Cerita kali ini kami bawa khas untuk anda dan ianya kisah benar....Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing bersama kami untuk merungkai kisah Hulu Langat yang sebenar...^O^




Haji Abdul Jalil ini sebenarnya orang yang membuka kawasan Hulu Langat ini. Tanpa beliau, kemungkinan besar Hulu Langat tidak akan menjadi seperti hari ini. Anak kedua daripada 2 orang beradik, beliau berada disini selepas dibawa oleh ibunya ke Tanah Melayu atas sebab-sebab yang tertentu (kami tidak diberitahu dengan jelas akan hal ini sebab P&C ). Carta dibawah ini merupakan salasilah keluarga Haji ini.

[ Ini salasilah dari ayah Haji hingga anaknya saja, cucu cicit beliau hanya dapat kenalpasti sikit sahaja ]




Sekarang kita baru saja nak masuk mukadimahnya. Jika kami menceritakan dahulu sejarah ini tanpa menceritakan serba sedikit salasilah, nanti anda semua akan terngaga sahaja sebab tak berapa faham dengan jalan dan watak yang kami ceritakan ini. Sebab itu kami selitkan salasilah ini walaupun ianya mungkin nampak sedikit sahaja. 

Menurut cerita nenek ini yang merupakan menantu kepada Haji Abdul Jalil ini, Haji Abdul Jalil berasal daripada Sumatera, Indonesia dan telah datang bersama-sama ibu dan abangnya (Hj. Zainudin). Pada masa itu umur beliau dalam setahun @ dua tahun ketika beliau datang. Mereka sekeluarga telah berlayar (sebab datang dari laut, jadi sesuai dikatakan belayar) dari Sumatera dan mendarat di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan. Merupakan keturunan Mendaling (dikenali sebagai keturunan Tapanuli di Sumatera), beliau telah tinggal di Teluk Anson untuk beberapa tahun.

Setelah beliau dah besar dan ingin meneruskan kehidupannya, beliau bersama-sama dengan kumpulan beliau (geng dia senang cerita) dan abangnya merantau ke tempat lain dengan mendayung melalui Sungai Langat. Dayung punya dayung, sampailah beliau ke Kajang namun begitu pada masa itu tempat yang beliau sampai belum lagi diberi nama Kajang. Sesampai beliau disana, beliau telah bertemu dengan golongan orang Banjar yang mana pada masa itu orang Banjar telah pun menetap disana. Orang Banjar mengajak beliau berkajang (Berkajang = Berlawan). Dari situlah dapatnya nama tempat K A J A N G. Sesudah menang dalam perlawanan tersebut, beliau pun..................

Suspen tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa ikuti kami pada entry yang akan datang. Sampai disini sahaja dahulu. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang....^O^

FYI:
Panjang lagi ceritanya. Ini baru sahaja sebahagian cerita yang disampaikan oleh nenek ini. Jadi jangan ketinggalan untuk mengetahui kisah seterusnya pada entry yang akan datang. ^O^

Jom Pusing-Pusing:
Hasil maklumat ini merupakan maklumat yang asli hasil daripada pencarian kami. Terima kasih kepada sahabat ahli kumpulan kami kerana membantu kami dalam mencari maklumat ini. Nak tahu siapa sahabat kami itu, jangan lupa ikuti kami pada entry yang akan datang.

Friday, March 11, 2011

Restoran Po'sen, Memang SEDAP Yang AMAT Sekali....


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Sebelum kita berborak mengenai tajuk yang diutarakan diatas, kami warga JPP (Jom Pusing-Pusing) ingin mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kerana telah memberi sokongan yang amat padu dan baik terhadap blog ini dan juga Facebook kami. Tanpa anda semua, mungkin blog ini tidak jadi seperti sekarang ini. TERIMA KASIH lagi diucapkan.


[ Gambar: Sebagai tanda terima kasih kami kepada anda ]

Baiklah, berbalik kepada topik kita yang asal. Kami ingin membawa anda semua ke sebuah restoran ala-ala tradisional + hutan sikit (jangan risau, konsep restoran sahaja bukan makan betul-betul dalam hutan). Makanan dekat sini memang teramat sedap, kami tak tipu. MEMANG SEDAP YANG AMAT SEKALI!!!!!  Rugi gila kalau anda tak dapat merasanya. Mungkin ada sebahagian yang sudah mengetahui tentang restoran ini melalui Facebook kami tapi itu hanyalah melalui gambar sahaja. Kali ini kami hendak mencerita tentang pengalaman kami disana. Sedia, sedia? Jom Pusing-Pusing bersama kami ke Restoran Po'sen.....



Kami ke restoran ini dalam pukul 11.00 malam. Masa itu memang kami lapar gila sebab penat selepas menempuh hari yang mencabar pada pagi itu (memang teramat penat-penat sekali). Jadi kami ke sana kerana berpendapat lokasinya yang menarik dan sesuai dijadikan bahan bagi projek ini. Lokasinya memang cantik, bak kata orang dulu-dulu sejuk mata memandang. 

[ Gambar: Pintu masuk dia macam pintu gerbang rumah orang-orang kaya dulu kan? ]

Ada dua kawasan makan dalam restoran ini, pertama ialah kawasan biasa iaitu kawasan yang telah disediakan meja dan kerusi (sama seperti restoran-restoran lain) dan yang kedua ialah kawasan ala-ala kampung (makan bersila seperti berada dalam suasana kampung di pondok yang disediakan). Jadi kami memilih kawasan ala-ala kampung tersebut sebab rasa teruja untuk merasai suasana makan bersila beramai-ramai disamping udara yang nyaman bertiup sempoi-sempoi bahasa pada masa itu (memang betul-betul rasa macam dekat kampung la senang cerita).

Kami duduk sebentar ambik angin sambil melihat menu yang diberi oleh pelayan disitu. Muka kami semua macam pelik bila baca senarai menu yang diberi sebab nama menu dia pelik - pelik. Nasi Goreng Pakapau, Nasi Goreng Thai Briyani, Nasi Goreng Thai Po'sen, dan macam-macam lagi. Itu belum masuk lagi nama-nama makanan barat tapi kami memilih untuk makan nasi malam itu sebab semua tengah kelaparan nasi. Memang kesian sangat dekat tukang ambil pesanan sebab kena 'temuramah' secara tidak formal oleh kami sebab nak tahu apa sebenarnya lauk dalam nasi goreng tersebut.

Semasa tengah tunggu makanan sampai, kami berborak-borak tentang aktiviti yang dilakukan pada pagi itu dan berkongsi tentang perasaan ketika melakukan aktiviti tersebut.  Sambil ditemani bunyi cengkerik semasa berborak-borak dengan gembiranya, sebahagian pesanan yang kami pesan sudah pun siap. Boleh dibanggakan kerana khidmat yang diberikan amat memuaskan dan pesanan yang dipesan sampai tanpa perlu menunggu lama. Masa itu hanya tuhan sajalah tahu betapa bersinarnya mata kami melihat makanan tersebut. Dah la nasi dia banyak, pinggan dia lawa, sedap pula tu. Memang tak rugi kami memilih restoran ini. Kami pun makan dengan hati yang riang sambil merasa makanan antara satu sama lain.



 [ Gambar: 4 pinggan nasi yang sedap dan 1 pencuci mulut yang enak sekali, yummmmyyyyy]

Ok, cerita sampai disini saja. Nanti meleleh - leleh air liur kalian sebab tak sabar nak rasa makanan tersebut, rosak pula keyboard anda nanti. Jadi disini kami sertakan peta untuk ke sana berserta alamatnya.. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing ke Restoran Po'sen....^O^

[ Peta: Restoran Po' Sen, Jalan Baru Sungai Kantan, Kajang, Selangor ]

FYI:
Seperti biasa, mata perlu tajam agar anda tidak tersalah masuk jalan ketika mencari restoran ini. Semoge kenyang dengan gembira...^O^


Jom Pusing-Pusing:
Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada  Saudari Yaya sebab sudi bantu mempromosikan blog kami ini. Kepada sesiapa yang ingin tahu siapakah si gadis cantik manis ini, anda boleh ke blog beliau iaitu di yayaflanella.blogspot.com.

Thursday, March 3, 2011

Jom Melihat Keindahan Bandaraya Kuala Lumpur Yang Bermandikan Lampu Neon....

Salam Satu Malaysia diucapkan kepada para pembaca sekalian. Kali ini kami nak berkongsi pengalaman tentang keindahan ibu negara Malaysia pada waktu malam. Zaman sekarang ini, memang sukar untuk melihat keindahan bandar terutama pada waktu malam. Apatah lagi dengan keadaaan persekitaran yang semakin sibuk dengan urusan kerja dan suasana yang dipenuhi dengan ramai orang. Oleh sebab itu kami pasti setiap daripada anda semua ingin mencari ketenangan dan kepada para pelancong yang baru datang ke ibu negara ini, pasti ingin melihat keindahan malam Kuala Lumpur. Jadi disini kami ingin mengesyorkan satu tempat yang dapat anda melihat Bandaraya Kuala Lumpur yang bermandikan lampu-lampu neon pada waktu malam. Dimana? Jom Pusing-Pusing bersama kami ke tempat yang tenang sambil melihat keindahan malam....

[ Gambar : Selamat Datang Ke Menara Tinjau Ampang, Bukit Ampang]

Untuk pengetahuan anda semua, hanya Menara Tinjau Ampang ini sahaja merupakan kawasan pelancongan yang terletak didalam di antara Ampang dan Hulu Langat. Masing-masing masih dalam Daerah Hulu Langat (kiranya sempadan Hulu Langat - Ampang). Nak naik ke sini memakan masa sikit sebab menara ini terletak di atas Bukit Ampang. Adalah dalam 20 minit dari KLCC ke sini. Tak ada jauh sangat pun bagi sesiapa yang gemar berjalan-jalan pada waktu malam. 

Kami tiba di destinasi ini lebih kurang pukul 2.00 pagi (ke pukul 1.30 pagi?? Lebih kurang la, huhuhuhu ^^; ). Pada masa itu memang ramai orang yang berada disana terutama warga cina. Kebanyakan mereka datang melihat suasana indah ini sambil menjamu selera bersama rakan - rakan dan keluarga. Terdapat 4 restoran yang beroperasi disini iaitu:

[ Gambar : Restoran Gasolin, Restoran Haven & Restoran Look Out Point]

Restoran-restoran ini hanya dibuka pada waktu petang (paling molek lepas pukul 7 malam) hingga pukul 2.30 pagi pada hari biasa dan 3.00 pagi pada hujung minggu. Kami pula telah memilih restoran yang ke-4 iaitu Restoran Panorama untuk melihat suasana bandar pada waktu malam. Kami cuma cuci mata melihat bandar sahaja, tak cuci mulut pun (maksudnya cuma tengok bandar saja, tak makan pun)....huhuuhuhuhu =,=. Anda nak cuci mata sekali? Meh cuci-cuci mata anda pada gambar-gambar dibawah.

[ Gambar : Bersama-sama rakan sekelas dan kumpulan 'Final Projek' di
depan pintu masuk Restoran Panorama]

[ Gambar : Antara beberapa gambar semasa kami di Menara Tinjau. Lihat betapa kusyuknya rakan kami melihat pemandangan yang indah ini. ^O^]

Ok la, tak larat nak tulis panjang-panjang sebab minggu ini banyak gila pembentangan. Apa-apa pun kepada sesiapa yang tak tahu jalan ke Menara Tinjau ini, sila lihat peta dibawah......

[ Peta : Ada 2 jalan untuk ke Menara Tinjau ini. Pilihlah mana-mana yang anda suka]

Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing!!!!!!! ^O^

FYI:
Untuk pengetahuan semua, untuk sampai ke puncak Menara Tinjau terdapat lebih kurang 117 anak tangga dihiasi pemandangan menarik bandaraya Kuala Lumpur.

Jom Pusing-Pusing:
Ingin lihat lebih banyak gambar yang menarik semasa kami menjalankan research? Jangan segan silu untuk  klik disini...(Facebook kami leeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrr ^O^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...