Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Sebelum kita berborak mengenai tajuk yang diutarakan diatas, kami warga JPP (Jom Pusing-Pusing) ingin mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kerana telah memberi sokongan yang amat padu dan baik terhadap blog ini dan juga Facebook kami. Tanpa anda semua, mungkin blog ini tidak jadi seperti sekarang ini. TERIMA KASIH lagi diucapkan.
[ Gambar: Sebagai tanda terima kasih kami kepada anda ]
Baiklah,
berbalik kepada topik kita yang asal. Kami ingin membawa anda semua ke
sebuah restoran ala-ala tradisional + hutan sikit (jangan risau, konsep
restoran sahaja bukan makan betul-betul dalam hutan). Makanan dekat
sini memang teramat sedap, kami tak tipu. MEMANG SEDAP YANG AMAT
SEKALI!!!!! Rugi gila kalau anda tak dapat merasanya. Mungkin ada
sebahagian yang sudah mengetahui tentang restoran ini melalui Facebook
kami tapi itu hanyalah melalui gambar sahaja. Kali ini kami hendak
mencerita tentang pengalaman kami disana. Sedia, sedia? Jom
Pusing-Pusing bersama kami ke Restoran Po'sen.....
Kami
ke restoran ini dalam pukul 11.00 malam. Masa itu memang kami lapar
gila sebab penat selepas menempuh hari yang mencabar pada pagi itu
(memang teramat penat-penat sekali). Jadi kami ke sana kerana berpendapat lokasinya
yang menarik dan sesuai dijadikan bahan bagi projek ini. Lokasinya
memang cantik, bak kata orang dulu-dulu sejuk mata memandang.
[ Gambar: Pintu masuk dia macam pintu gerbang rumah orang-orang kaya dulu kan? ]
Ada
dua kawasan makan dalam restoran ini, pertama ialah kawasan biasa iaitu
kawasan yang telah disediakan meja dan kerusi (sama seperti
restoran-restoran lain) dan yang kedua ialah kawasan ala-ala kampung
(makan bersila seperti berada dalam suasana kampung di pondok yang
disediakan). Jadi kami memilih kawasan ala-ala kampung tersebut sebab
rasa teruja untuk merasai suasana makan bersila beramai-ramai disamping
udara yang nyaman bertiup sempoi-sempoi bahasa pada masa itu (memang
betul-betul rasa macam dekat kampung la senang cerita).
Kami
duduk sebentar ambik angin sambil melihat menu yang diberi oleh
pelayan disitu. Muka kami semua macam pelik bila baca senarai menu yang
diberi sebab nama menu dia pelik - pelik. Nasi Goreng Pakapau, Nasi
Goreng Thai Briyani, Nasi Goreng Thai Po'sen, dan macam-macam lagi.
Itu belum masuk lagi nama-nama makanan barat tapi
kami memilih untuk makan nasi malam itu sebab semua tengah kelaparan
nasi. Memang kesian sangat dekat tukang ambil pesanan sebab kena 'temuramah'
secara tidak formal oleh kami sebab nak tahu apa sebenarnya lauk dalam
nasi goreng tersebut.
Semasa tengah tunggu makanan sampai, kami
berborak-borak tentang aktiviti yang dilakukan pada pagi itu dan
berkongsi tentang perasaan ketika melakukan aktiviti tersebut. Sambil
ditemani bunyi cengkerik semasa berborak-borak dengan gembiranya,
sebahagian pesanan yang kami pesan sudah pun siap. Boleh dibanggakan
kerana khidmat yang diberikan amat memuaskan dan pesanan yang dipesan
sampai tanpa perlu menunggu lama. Masa itu hanya tuhan sajalah tahu
betapa bersinarnya mata kami melihat makanan tersebut. Dah la nasi dia
banyak, pinggan dia lawa, sedap pula tu. Memang tak rugi kami memilih
restoran ini. Kami pun makan dengan hati yang riang sambil merasa
makanan antara satu sama lain.
[ Gambar: 4 pinggan nasi yang sedap dan 1 pencuci mulut yang enak sekali, yummmmyyyyy]
Ok, cerita sampai disini saja. Nanti meleleh - leleh air liur
kalian sebab tak sabar nak rasa makanan tersebut, rosak pula keyboard anda nanti. Jadi disini kami
sertakan peta untuk ke sana berserta alamatnya.. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing ke
Restoran Po'sen....^O^
[ Peta: Restoran Po' Sen, Jalan Baru Sungai Kantan, Kajang, Selangor ]
FYI:
Seperti biasa, mata perlu tajam agar anda tidak tersalah masuk jalan ketika mencari restoran ini. Semoge kenyang dengan gembira...^O^
Jom Pusing-Pusing:
Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada Saudari Yaya sebab sudi bantu mempromosikan blog kami ini. Kepada sesiapa yang ingin tahu siapakah si gadis cantik manis ini, anda boleh ke blog beliau iaitu di yayaflanella.blogspot.com.
15 comments:
nak! nak! nak!
adetak perisa lain?
rugi kalau x singgah....
nyum2!!!!!!!!!!! ^O^
tapi tak jumpe pon kedai nye
dekat2 dgn ape ye?
sungai kantan :)
dekat nan KPJ kajang...
ader kew kawasan yang sesuai..?
sekali makan berape ye?
makanan ape paling best kt sini?
http://jompusing-pusing.blogspot.com/2011/03/haji-abdul-jalil-pengasas-kepada-hulu.html
nantikan part2 ea, ;)
sabar ea,, saje je na kasi suspen sikit :)
nantikan part 2 ea
rasanya sesuai buat kat bukit ampang,,
smbil makan n nyanyi2 boleh tgk view,, ada lebih kurang 3 restoren kat atas :)
http://jompusing-pusing.blogspot.com/2011/03/haji-abdul-jalil-pengasas-kepada-hulu.html
ready la dalam rm 20 sorang,,
ade lagi balance wang tuh,,
jgn risau lah,,
yang special je mahal sikit macam nasi grg pakapau n nasi goreng thai,,
menu lain same je macam kedai2 lain.. :)
tapi istimewanya restoren ni, ia menjanjikan environment yang tenang dan berunsurkan nature
siap ade tempat bersila lagi :)
Post a Comment