Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Wednesday, December 22, 2010

Apa itu Hulu Langat???

Jika kita ingin pergi ke sesuatu tempat, pasti kita akan buat kajian terlebih dahulu tempat yang kita nak pergi. Oleh sebab itu, tangan aku pun mengatal la taip 'hulu langat'  kat carian google. Maklumla, nak berperang kena la siap senjata dan bekalan ye...(poyo sungguh ayat aku nie, buweek)


[Hulu Langat, hulu langat??..... Macam nie ke cerita dia??!!!]


Daerah ini dulu katanya berasal dari jajahan Negeri Sembilan tapi disebabkan oleh persepakatan yang menyebabkan penyerahan daerah Lukut kepada negeri Sembilan, maka Selangor dan Negeri Sembilan pun buat la sistem barter sebab daerah Lukut dulu dibuka oleh raja Selangor, kira daerah Lukut dulu milik raja Selangor lor (klik sini kalau tak percaya). Disebabkan Hulu Langat ini berasal dari jajahan Negeri Sembilan, maka ramailah penduduk-penduduk sini berbahasa loghat Negeri Sembilan. Jadi,jangan terkejut pulak bila anda pergi ke sana nanti takut anda ingat dah masuk kawasan Negeri Sembilan pula.

Daerah Hulu Langat ada 7 buah mukim (p bukak buku geografi sekolah kalau tak tahu mukim itu apa) yang diwartakan di bawah Kanun keseksaan Tanah Negara iaitu:
  1. Mukim Ampang.
  2. Beranang
  3. Cheras
  4. Hulu Langat
  5. Hulu Semenyih
  6. Semenyih
  7. Kajang
Majoriti penduduk kat sini kerja dalam bidang pertanian memandangkan kat daerah nie banyak sungai-sungai yang cantik dan indah (faktor kerja penduduk ini aku fikir logik aje ok, jangan percaya 100% ). Memandangkan maklumat yang aku dapat dari laman web ini terakhir dikemaskini pada 20 Oktober 2010, rasaye bilangan penduduk dalam daerah nie adalah original dan bukannya auta iaitu melayu sebanyak 39,279 orang, cina sebanyak 47,147 orang, india sebanyak 10,916 orang dan lain-lain kaum sebanyak 98 orang.


Ada banyak sejarah menarik yang bernafas di Hulu Langat ini. Tapi takut pula korang rasa bosan dengan entry yang panjang lebar macam karangan ini. Jadi aku akan tinggalkan link kat bawah ini untuk santapan makan tengah hari korang semua. Tunggu apa lagi, sertai kami untuk menjelajah lebih dekat tentang Hulu Langat. JOM PUSING-PUSING ^o^


FYI: 
Ini link-link yang aku cari untuk entry ini.
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hulu_Langat
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kampung_Baru_Daerah_Hulu_Langat_Daerah_Hulu_Langat
Pesanan Penulis:
Aku bukan ye taknak tulis entry nie dalam Bahasa Inggeris tapi aku tak reti nak berceloteh secara bertulis dalam Bahasa Inggeris. Takut nanti anda semua salah tafsir maksud yang cuba ingin disampaikan. Yang penting anda semua dapat info yang berguna dan faham akan kata-kata yang ingin disampaikan ini.

4 comments:

hulu langat ek? aku hulu langat la ni aku duk cheras? kompius dgn alamat sendiri huhu
 
yup...
dekat hulu langat....
kalau ade pape info menarik...
jgn lupe kongsi2 ye cik neon...
^O^
 
brape tggi gnung nuang eh ?
 
tinggi dia dlm 1,493m (4,898ft)...
tak lame lagi kami akan ceritakan tentang gunung nuang dengan lebih lanjut...
jom pusing-pusing dengan kami untuk tahu dengan lebih lanjut lagi ye..^O^
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...