Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Monday, January 10, 2011

Kolam Air Panas & Pancuran Air Panas Amat Berbeza Sekali

Sampai sekarang aku tak boleh lupakan dengan persoalan ini yang di keluarkan dengan bernasnya oleh kawanku melalui panggilan telefon pada jumaat lalu. Persoalan yang boleh membuat aku ketawa sampai terguling-guling seperti Shin Chan. Namun betul juga apa yang disampaikan oleh beliau.

Kawan: Salam budak, aku baru baca entry kau tadi.
Penulis: Wasalam bapak budak, dah baca tu tak reti-reti nak bagi komen ke?
Kawan: Bapak budak kau panggil aku, cis! Internet tempat aku lumba lari dengan siput, tapi siput pula yang menang. Kesian kesian.
Penulis: Samalah dengan tempat aku ni. Tiba-tiba telefon kenapa, rindu ke? hahahahahah
Kawan: Gila ape aku nak rindu kau, aku nak bagi komen pasal entry kau sebenar ya. Nanti kalau tak bagi bising pula dekat Facebook aku. Ni nak tanya, kau tak rasa membazir ke pergi kolam air panas tu? Dekat rumah kan ada 'shower' air panas, pakai air panas tu kira cukup la.Tak payah nak membazir duit nak keluar-keluar ni, dah la harga minyak makin naik 
Penulis: Gila kejam kau cakap macam tu.
Kawan: Bukan kawan kau la kalau tidak kejam. Jadi cerita sikit dekat aku apa yang ISTIMEWA sangat dengan kolam air panas ini.
Penulis: Baik......(menjawab dengan gaya Shin Chan)

[ Kolam Air Panas Sungai Serai walaupun tak nampak macam kolam tapi banyak kebaikkannya ]

Macam mana la kau boleh samakan pancuran air panas dekat rumah tu dengan kolam air panas. Aku masih memikirkan logik ataupun tidak dengan persoalan itu (nampak macam logik la pula). Jadi biar aku bagi beberapa sebab yang lebih logik dari persoalan kamu itu ya wahai kawan aku.
  1. Sumber utama kolam ini daripada air bawah tanah.(nampakkan ISTIMEWAnya)
  2. Mampu mengubat penyakit seperti gaout, sakit kulit, sakit sendi dan pinggang dan lain-lain (secara beransur-ansur ya)
  3. Dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama pengunjung disitu.
  4. Menyegarkan badan yang letih dan sengal-sengal.
  5. Dapat cuci mata (tengok pemandangan hijau ok, jangan fikir lain pula)
  6. Dan sewaktu dengannya.
Terjawab tak soalan kamu itu? Kalau masih tak jawab, kau pergilah ke kolam air panas tu dan rasakan sendiri betapa nikmatnya kolam air panas. Baru kau tahu nanti kolam air panas atau pancuran air panas yang lagi gempak rasanya.

FYI:
Kolam air panas ini masih ada khasiat-khasiatnya yang tersembunyi. Tidak boleh mengatakan dengan pasti apakah lagi kebaikkan dia selain perkara diatas tetapi ianya memang baik untuk kesihatan. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing ke kolam air panas untuk merasai kenikmatannya.

2 comments:

kene bayar ke?
 
bayaran utk parking dikenakan...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...