Salam Satu Malaysia kepada para pembaca sekalian. Sebelum kami memulakan penulisan, kami nak tanya satu soalan. Anda semua pernah bergambar di depan matahari? Pernah? Kalau setakat ambik gambar depan pantai tu, tak main la. Itu semua dah biasa sangat. Kami kat sini nak bagi satu pengalaman yang memang lain daripada yang lain. Seperti yang tentera pada tajuk entry ini, kami nak tunjukkan kepada anda sebab kenapa anda semua patut pergi bergambar di Bukit Broga ni. Sebelum nak tahu lebih lanjut, mari kita mengodek-godek dahulu gambar-gambar yang menarik dekat Bukit Broga ini sebelum nak tahu lagi tentang Bukit Broga.
[ Gambar : Antara gambar-gambar sewaktu matahari mula terbit. ]
Macam mana, lawa tak? Mestila lawa bukan. Inilah sebabnya kami cadangkan anda pergi ke Bukit Broga. Untuk pengetahuan anda semua, Bukit Broga ini terletak di Semenyih (masih dalam Daerah Hulu Langat). Kalau anda semua nak pergi ke sana melalui MRR2, lalu disitu sampai nampak 'Exit' ke Taman Cheras . Lepas nampak 'roundabout', ambik '1st exit' ke Jalan Cheras dan anda akan melalui Lebuh Raya KL - Seremban sepanjang 22km. Lalu terus saje sammmmpai nampak papan tanda Jalan Broga sebelah kiri lebih kurang 3.8km, masuk kiri lagi lebih kurang 7.3 km anda akan nampak papan tanda 'Broga Hill Trail'. Lebih kurang 2.8km lagi anda pandang sebelah kiri anda, takut terlepas pula. Itu kalau nak ikut jalan jauh la, kena bayar tol kalau ikut jalan tadi. Bagi sesiapa yang duduk berdekatan dengan Universiti Nottingham, anda semua memang beruntung sebab Bukit Broga ini memang berdekatan dengan universiti ini.
Trek untuk naik ke bukit ini senang saja bagi mereka yang sudah biasa mendaki, dalam masa lebih kurang 30 - 45 minit dah boleh sampai. Tapi itu bukan masalahnya sebab kebanyakkannya mesti nak naik waktu pagi bukan, lagi afdal lepas waktu subuh dah mula mendaki. Jadi disini kami nak menekankan agar bawaklah air mineral dan juga coklat sikit untuk tenaga anda. Pagi-pagi tak sarapan nanti susah pula, tak pasal-pasal sakit perut pula dekat atas bukit tu. Dekat atas bukit tu tiada tempat untuk anda melepaskan hajat tahu. Hahahahaha, jadi sebelum sampai kesana singgahlah mana-mana stesen minyak ke, kedai makan Pakcik Mail atau Makcik Bedah ke (hihihi, gurau je ye tentang nama kedai tu) atau mana-mana sajalah untuk lepaskan hajat anda itu. ^O^
Malas nak tulis banyak-banyak, kami sertakan sekali gambar-gambar yang menarik untuk tatapan anda. Tunggu apa lagi, JOM PUSING-PUSING bersama kami untuk menikmati pemandangan indah yang sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan Selangor ini sambil berposing mengambil gambar di atas bukit yang damai ini.
[ Gambar : Antara pemandangan yang memukau mata memandang ]
FYI:
- Trek untuk menaiki bukit ini telah pun disediakan, jadi tak payah la susah-susah lan cari trek lagi.
- Kalau ada sesiapa yang nak berkhemah di atas ini juga dipersilakan.
- Bagi sesiapa yang bawa gadget kamera yang banyak, pendakian mungkin akan mengambil masa sedikit atas faktor curam . Jadi sila berhati-hati ya.
Memandangkan ada sebahagian pelajar kelas kami yang membincangkan tentang Bukit Broga ini didalam Facebook, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikannya. Hiihihihiihiihi, peluang yang baik bukan? ^^
7 comments:
len kali ajak tau..hehee
Pramugari MAS mati disebabkan sindrom jet lag
^o^
lagi2 tyme matahari terbit...
mmg smart habis....
upload la gamba kat sane
Post a Comment