Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Wednesday, January 5, 2011

Spa Semula Jadi, Memang LAYANNN Puya...

Apa khabar pembaca-pembaca blog ini? Diharap anda semua sihat walafiat belaka. Permulaan nukilan ini bukannya bermaksud kami sudah lama tidak menulis surat tapi sebagai kata-kata aluan yang manis dan sopan untuk menyambut tetamu yang semakin ramai membaca blog ini walaupun kebanyakkannya hanyalah PEMBACA DIAM a.k.a "silence reader" (hahahaha, skema gila ayat ini). Ok lah, cukup-cukup la melalut kat sini.....

Sabtu lepas kita baru sahaja menyambut Tahun Baru 2011 dengan melihat bunga api dan bergembira dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan. Kami pun tahu yang anda semua pasti melompat sakan dan begitu teruja sekali menyambutnya lagi-lagi kepada mereka yang menyambut di I-City, KLCC, KL Tower, Genting Highland dan banyak lagi la tempatnya. Jadi kami ingat nak menawarkan spa percuma pada anda (ini spa halal taw, bukan tipu-tipu punya). Anda semua dah melompat sakan dan teruja sangat sambut Tahun Baru bukan, jadi mesti ada sengal-sengal sendi dan urat kat badan tu. Jadi apa salahnya pergi ke spa-spa yang kami taawarkan ini. Tak perlu bayar pun, Cuma pergi ke sana dan layan diri, memang syok habis bak kata Farah Fauzana dalam Melodi - LAYANNNNN...............

[ Jom Pusing-Pusing kat mana spa yang best sangat tu?? LAYANNN ]




Spa ini terletak di Hulu Langat, dan ianya amat terbuka. Anda tak perlu malu-malu nak pergi sana, lelaki dan perempuan boleh datang. Ada 2 kawasan baik punya dekat Hulu Langat ini untuk anda semua melayan diri anda. 

Spa yang pertama ialah KOLAM AIR PANAS SG. SERAI dan yang keduanya ialah KOLAM AIR PANAS DUSUN TUA (sila buat muka terkejut beramai-ramai sambil tepuk meja kuat-kuat dan ketawa). Anda janganlah fikir yang bukan-bukan, bukan ke spa itu tempat untuk berehat dan merawat diri terutama bagi mereka yang sengal-sengal badan,sendi dan urat.Kiranya kolam air panas ini pun boleh dikira spa jugalah, betul tak betul tak?? Tunggu apa lagi, JOM PUSING-PUSING bersama kami tinjau kat mana lokasi yang baik punya itu, hihihihihihhi...

1. Kolam Air Panas Sungai Serai.

Kolam air panas ini tak berapa jauh pun dari Kuala Lumpur ini. Kalau naik kereta, anda semua akan sampai ke sana lebih kurang 30 minit dari ibu negara ini. Kolam ini terletak di Batu 11 Hulu Langat berhampiran dengan masjid yang bernama Masjid Ehsan disebelah kanan anda. Kalau anda tidak jumpa masjid itu, rajin-rajin la keluar dari kereta dan bertanya dekat orang kampung macam perbualan dekat bawah ini

Kami: Pak cik, tumpang tanya. Nanding dekat mana?? Kami hendak pergi ke Kolam Air Panas Sg. Serai.
Pakcik: Owh, Nanding ya.Dekat dah dengan kolam air panas tu. 
Anak ikut jalan ini, ini lepas tu.....???
(ok, lupa ayat dia sebab dia cakap loghat Negeri Sembilan)

Lepas je dengar jalan yang ditunjuk oleh pakcik itu, kami pun redah la ke sana ke sini sambil mengingat jalan yang dikatakan oleh pakcik itu dengan muka yang berkerut. Akhirnya jumpa juga kami dengan papan tanda ini.

[ kecik je papan tanda dia ini, patut lor tak jumpa ]

Jadi kalau anda semua hendak pergi ke sini, mata kena bukak luas-luas dan jangan bawak kereta laju-laju. Takut nanti terlepas pulak. Kolam ini hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam sahaja. Kalau anda nak berendam dalam kolam air panas ni macam dalam cerita korea dan jepun tu, dicadangkan anda pergi pada waktu malam sebab kalau nak berendam waktu pagi takut badan anda melecur pulak (agaknya la sebab tak cuba lagi berendam waktu pagi, baru rendam kaki saja). Kawasan untuk berendam ada disediakan iaitu di Sungai Serai, dekat-dekat situ juga.

Pada pakcik - pakcik dan makcik - makcik yang teringin jugak nak pergi tapi tak larat nak duduk situ dan rendam kaki lama-lama, pakcik dan makcik boleh la pergi ke perigi yang berdekatan dekat sini. Ada gayong dan baldi disediakan dekat situ. Jadi bolehlah pakcik dan makcik bersuka ria disana sambil menikmati pemandangan hijau yang aman dan damai. ^O^

[ perigi air panas yang terletak dekat dengan kolam air panas sungai serai ]

Disini kami nak beritahu kelebihan dan kekurangan yang ada dekat kolam air panas ini. Jika anda nak ke sini, anda tidak perlu risau tentang bayaran masuk dan tempat letak kereta sebab ianya PERCUMA. Cuma anda perlu berhati-hati sikit sebab kami tengok disini tak banyak ada lampu jalan, tempat nak tukar baju pun tak ada. Jadi seperti yang kami katakan pada permulaan 'entry' ini, sila layan diri anda masing-masing. Kalau nak berkelah dekat sini boleh, dipersilakan tetapi jagalah kebersihan tempat ini. Itu sahaja.

FYI:
Jika anda ingin melihat lagi gambar-gambar yang menarik di Kolam Air Panas Sungai Serai, anda boleh la klik di SINI ya...

Jom Pusing-Pusing:
Cerita tentang Kolam Air Panas Dusun Tua tidak boleh disiarkan lagi sebab ada kejutan  untuk anda semua. Hihihihi, tak sabar pulak bila kejutan itu dah siap nanti... c( ;

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...