[ Gambar : Selamat Datang ke Kawasan Air Terjun Sungai Gabai]
Disini kami ingin berterima kasih kepada rakan Facebook kami iaitu Wan Chiang kerana memberi kami idea untuk menulis entry mengenai Sungai Gabai ini. Jika tiada persoalan ini, mungkin kami masih memikirkan tempat apa yang ingin dipromosikan didalam blog ini memandangkan Hulu Langat mempunyai terlalu banyak destinasi-destinasi menarik hingga pening kami dibuatnya...
[ Gambar: Terima kasih kepada anda kerana memberi inspirasi kepada kami untuk menulis entry ini ^O^]
Jadi disini kami ingin menerangkan serba sedikit mengenai Air Terjun Sungai Gabai dan bagaimana untuk pergi ke sana. Jom Pusing-Pusing bersama kami untuk mengetahui apa yang menariknya tentang Air Terjun Sungai Gabai...
Untuk pengetahuan anda semua, Air Tejun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui. Sungai Gabai ni tak sepopular Sg. Congkak mahupun Sg. Tekala tetapi kelainan Sg. Gabai ini yang membuatkan para pelancong tertarik dengan kawasan air terjun ini. Kelainan Sg. Gabai berbanding sungai-sungai lain ialah Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas (wah!!! tingginya O_o). Namun begitu, kawasan perkelahannya agak sempit dan berbatu-bata besar tetapi rasanya anda semua tidak kisah bukan dengan cabaran yang sekecil ini. Hahahahahah
Apabila anda sampai disini, anda akan dikenakan bayaran masuk. Bayaran sebanyak Rm2.00 bagi sebuah kereta dan RM1.00 bagi sebuah motosikal. Selepas anda membayarnya, anda akan menerima resit pembayaran seperti gambar dibawah ini.
Menurut salah seorang pengunjung yang pernah melawat ke sini iaitu saudari Laile, terdapat banyak pondok rehat yang telah dibina. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Surau, bilik persalinan dan juga tandas awam juga turut disediakan. Pemandangan pun cantik, kawasan persekitaran terjaga dan tong-tong sampah ada disekitar kawasan itu. Sungai Gabai ini mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462m) yang terletak di Negeri Sembilan.
Apa kaitannya meluncur dikawasan air terjun ini? Skroll tetikus anda ke bawah untuk melihat perbagai aksi-aksi menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan disini...
[Gambar: Antara aktiviti dan pemandangan yang ada di sini]
Itulah serba sedikit informasi yang boleh kami beri kepada anda pada minggu ini. Kami harap anda dapat menjaga keselamatan anda semasa berada disana. Maklumlah, ini kawasan berair dan berbatu. Pengawasan diri amat dititikberatkan. Sebelum kami terlupa dan anda juga tersesat, kami sediakan peta kepada anda untuk pergi ke sana nanti. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing bersama kami menikmati air yang sejuk dan selesa ini.....Semoga Bergembira ^O^
[ Peta : Jalan menuju ke Kawasan Air Terjun Sungai Gabai]
FYI:
Entry ini ditulis bukan daripada pengalaman kami. Semua maklumat ini dirujuk daripada pengalaman:
Dan kepada sesiapa yang ingin melihat penglibatan kami sepanjang proses pengumpulan maklumat di HULU LANGAT, jangan lupa lawati Facebook kami. Klik sini untuk melihat segala aktiviti kami Hulu Langat.
Jom Pusing-Pusing:
Bila dibaca balik, teringin pula nak pergi mandi air terjun. Baru minggu lepas mandi di Sungai Congkak tapi tak puas sebab masa suntuk. Harap kami dapat pergi ke Air Terjun Sungai Gabai jika ada peluang.
17 comments:
anonymous: datang, jgn x datang...
x de la promote lebih2 sgt....
biasa2 je...
^O^
our group got Hulu Langat as our final project...
we will promote interesting places at Hulu Langat as much as possible...
one again, thank you for your supporting comment...
^O^
blog agak menarik.
saya sebagai rakyat malaysia yg berbudiman lagi kacak rase amat berbangga riak dan takbur kerana ade rakyat malaysia seperti kalian semua yg berusaha menaikkan sektor pelancongan malaysia. tahniah dan teruskan usaha kamu sume. :)
-y.a.b tan sri dato B bin shafiee.
majulah pelancongan untuk negara....
Post a Comment