Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

Friday, February 11, 2011

Tukar VDay Anda Kepada Hari Coklat Sedunia

Salam satu Malaysia kepara para pembaca sekalian. Kami pasti ramai dikalangan anda semua pasti tertunggu-tunggu hari Isnin yang akan tiba ini bukan? Kepada warga Malaysia terutama yang beragama Islam, kalau boleh jangan lah sambut hari VDay (Valentine Day) ini jika anda belum tahu sejarah sebenar hari tersebut. Oleh sebab itu, kami disini ingin mengajak anda semua tukar sambutan VDay yang ditunggu-tunggu itu kepada Hari Coklat Sedunia. Walaupun Lembaga Koko Malaysia (LKM) isytiharkan Hari Coklat Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun, rasanya tak salah bukan kalau sambut Hari Coklat nie awal-awal. Jadi Jom Pusing-Pusing bersama kami melawat kilang coklat buatan Malaysia yang terletak di Bangi (Malaysia pun ada brand coklat sendiri tau)

Gambar : Inilah kilang coklat yang dikatakan itu]

Kalau nak tahu, coklat Beryl's ini asalnya hanya dijual di luar negara sahaja seperti di Jepun, Korea dan lain-lain. Kalau dekat dalam Malaysia pun, coklat ini hanya terdapat dekat kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti di KLIA dan KLCC. Tapi sekarang dah boleh jumpa jenama coklat ini dimana-mana sahaja tetapi terhad kepada beberapa jenis tertentu je tahu. Jadi beberapa gambar dibawah ini merupakan antara coklat yang terdapat dalam kilang ini yang anda tidak boleh jumpa di tempat lain:

Fruit & Nut Bar Milk Chocolate
 

Enternal Love Milk Chocolate

Mini Camior Assorted Chocolate

  Dragees Mixed Chocolate
 

  RB300P-A

Gambar : Antara beberapa jenis coklat yang terdapat di kilang ini ]

Macam-macam yang anda semua boleh buat bila dah sampai dekat kilang ini. Nak lihat proses pembuatan coklat boleh, nak tahu sejarah coklat boleh, nak beli coklat banyak-banyak pun boleh.Bagi para guru yang mahu adakan lawatan ke kilang ini, sila klik INI untuk isi borang lawatan ke sana. Kami tak mahu cerita banyak tentang kilang ini sebab lebih berbaloi kalau anda semua rasakan sendiri pengalaman tersebut Dengan ini, kami berikan peta untuk memudahkan anda ke sana. Anda pilih la mana-mana satu yang berdekatan dengan rumah anda, jimat sikit minyak tu....^_^


 [ Peta : Beryl's Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd, No. 8 Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan]

 [ Peta : Beryl's Chocolate Wonderland,No. 2, Jalan Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan  
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia]

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Beryl's Chocolate ini, anda boleh klik pada link yang kami sediakan di bahagian FYI pada enrty ini. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing bersama kami....^O^

FYI:
  1. Klik INI untuk tahu barangan yang terdapat di kilang ini.
  2. Klik INI untuk tahu lebih lanjut tentang kilang ini dan juga penempahan lawatan ke kilang.
Jom Pusing-Pusing:
Jika ingin menyambut sesuatu perayaan atau peristiwa, kita perlu tahu sejarahnya terlebih dahulu. Jangan sambut sesuatu peristiwa itu sesuka hati. Niat juga penting ketika menyambut sesuatu perayaan ataupun peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Itu sahaja pesanan kami pada entry kali ini.

8 comments:

woot woot. very informative . =D haha
i never knew ader choc fact beryl kt sini. =p keep up epul =D
 
hahaha....
thankz zain...
cuti sem nty singgah r kat cni ek...
kat galway x de cklt beryl mcm nie...
hihihihihi c(;
 
nak ssenarai harga choc boleh?
ade tak?
macam nak pegi
tapi na kene tau harga die dulu lah
hehe
 
so nk msuk kilang ni kna msuk scara kmpulan or blh pg individu jer?? murah x hrga die??
 
along: harga coklat bergantung kpd promosi yg diadakan oleh kilang tersebut. Jika along nak tahu pelbagai lagi jenis coklat, along boleh melihatnya di Berylschocolate Product
 
Mr. Azam: selalunya jika ingin melihat proses pembuatannya perlu secara berkumpulan, sila klik ini: Sweet Factory Tour untuk maklumat lebih lanjut
 
nak masuk kene bayaran ke?
 
nk msuk bli2 cklat x kene byar....
tapi kami x pasti law nk lihat pemprosesannya sebab kami pergi masa rombongan....
huhuhuhuhu
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...