Salam Satu Malaysia kepada para pembaca sekalian. Kami TERsangat-sangat maaf kerana tidak dapat mengup-date blog ini pada minggu lepas. Hal ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan disamping melawat ke kawasan kajian kami untuk 'Final Projek' ini. Banyak maklumat yang kami dapat sepanjang kami melakukan kajian di Hulu Langat. Kisah-kisah tersebut akan diceritakan tidak lama lagi (InsyaAllah) apabila siap kami mengedit dan memproses maklumat tersebut termasuk gambar-gambar yang menarik.
Jadi bagi menghilangkan rasa sunyi anda setelah sekian lama tidak membaca blog ini (pandai kau mengayat pembaca ek ^_^ ;) , Jom Pusing-Pusing bersama kami melawat satu resort yang memang lain dari yang lain. Dekat mana?
[ Gambar: Besar punya gambar permulaan entry ini, khas untuk anda semua. Hihihihihi c( ; ]
Resort ini dibangunkan oleh Tuan Hj. Karim Bin Ali pada tahun 2003 selepas beliau bersara daripada industri perbankan. Bermula dengan hanya 4 unit chalet sahaja, kini resort ini sudah semakin membesar iaitu mempunyai 59 unit chalet dan 3 jenis domitri (wow, banyak tuuuu!!!). Resort ini dibina di dalam taman hutan terbuka bagi memenuhi konsep pembinaannya iaitu Konsep Taman Hutan Tropika. Jadi tidak hairanlah jika citi-ciri dan bentuk chalet yang direka berasaskan alam semulajadi.
Ada macam-macam bilik penginapan dekat resort ini antaranya Pine 2, Cenderawasih, Garden Panorama, Rumbia dan pelbagai lagi jenis bilik yang ada disini. Klik INI untuk melihat pakej bilik yang ditawarkan dengan lebih lanjut lagi ya. Untuk pengetahuan anda semua, bilik-bilik ini hanya dibekalkan kipas angin sahaja. Hanya dewan-dewan seminar sahaja yang dibekalkan dengan penghawa dingin. Ini dapat menunjukkan bahawa pihak resort mengambil berat dengan keadaan alam sekitarnya.
Agrotek Garden Resort juga menawarkan pelbagai pakej untuk para pengunjungnya. Ada pakej-pakej untuk Hari Keluarga, pakej-pakej untuk latihan dan juga seminar, bahkan pakej untuk Hi-Tea Party pun ada. Memang banyak pakej yang ditawarkan oleh pihak resort ini. Antara pelanggan tetap yang selalu menggunakan pakej tersebut adalah pihak UTeM, JKR, JPN, SUK,KKM, Bank Rakyat dan banyak lagi. Nak tahu lebih lanjut nanti, sila ke ruangan FYI nanti ya.
Panjang juga ya cerita kali ini. Tapi kalau anda baca sahaja tapi tak tahu lokasinya dekat mana, tak guna juga. Jadi disini kami bekalkan kepada anda peta untuk ke sana.
[ Peta: Agrotek Garden Resort, Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2, Ulu Langat 43100 Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-9021 6541 / 6596 / 7935. | Faks: 03-9021 6514 ]
Macam mana para pembaca sekalian, teruja tak lepas baca entry kali ini. Tak teruja langsung sebab tak ada banyak gambar? Jika nak lihat lebih banyak gambar-gambar yang menarik tentang resort ini, jangan lupa lawati laman web Agrotek Garden Resort untuk mendapatkan lebih banyak informasi dan gambar-gambar yang dapat menaikkan semangat anda untuk pergi ke sana. Tunggu apa lagi para pembaca sekalian, JOM PUSING-PUSING ^0^...
FYI:
- Klik ini untuk lihat pakej-pakej bilik.
- Klik ini untuk mengetahui Pakej Hari Keluarga yang ditawarkan.
- Klik ini untuk tahu lebih lanjut tentang Pakej Latihan & Seminar.
- Klik ini untuk mengetahui lebih terperinci mengenai Agrotek Garden Resort.
- Facebook Agrotek Garden Resort pun ada.
Disini kami ingin mengucapkan BERBANYAK-BANYAK terima kasih kepada pembaca kami,saudari adyp89 kerana sudi berkongsi maklumat ini dengan kami. Penat + puas kami mencari maklumat ini dahulu tetapi masih tidak jumpa, rupa-rupanya salah taip. Hihihihii. Ingin membaca blog saudari adyp89, klik la disini.
4 comments:
dekt dengan ape resort ni?
along boleh klik dekat bahagian FYI untuk mengetahui dengan lebih lanjut ttg aktiviti yg disediakan....
resort ini terletak antara Sg. Congkak dgn Menara Tinjau....
sila telefon pihak resort untuk maklumat lebih lanjut....^O^
Post a Comment