Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Wednesday, March 16, 2011

Haji Abdul Jalil, Pengasas Kepada Hulu Langat (Bahagian 1)

Salam satu Malaysia pada para pembaca sekalian. Kenapa pula  ada gambar nenek ini? Siapa nenek ini yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Haji Abdul Jalil dan siapa pula Haji Abdul Jalil??? Haaaa, banyak  bukan persoalan dekat sini. Jadi tajuk kami hari ini merupakan tajuk yang lebih hangat daripada biasa. Sebab apa? Sebabnya kita akan membongkar serba sedikit mengenai SEJARAH HULU LANGAT. Ya, sejarah yang tidak dapat anda dapati di mana-mana carian internet. Cerita kali ini kami bawa khas untuk anda dan ianya kisah benar....Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing bersama kami untuk merungkai kisah Hulu Langat yang sebenar...^O^




Haji Abdul Jalil ini sebenarnya orang yang membuka kawasan Hulu Langat ini. Tanpa beliau, kemungkinan besar Hulu Langat tidak akan menjadi seperti hari ini. Anak kedua daripada 2 orang beradik, beliau berada disini selepas dibawa oleh ibunya ke Tanah Melayu atas sebab-sebab yang tertentu (kami tidak diberitahu dengan jelas akan hal ini sebab P&C ). Carta dibawah ini merupakan salasilah keluarga Haji ini.

[ Ini salasilah dari ayah Haji hingga anaknya saja, cucu cicit beliau hanya dapat kenalpasti sikit sahaja ]




Sekarang kita baru saja nak masuk mukadimahnya. Jika kami menceritakan dahulu sejarah ini tanpa menceritakan serba sedikit salasilah, nanti anda semua akan terngaga sahaja sebab tak berapa faham dengan jalan dan watak yang kami ceritakan ini. Sebab itu kami selitkan salasilah ini walaupun ianya mungkin nampak sedikit sahaja. 

Menurut cerita nenek ini yang merupakan menantu kepada Haji Abdul Jalil ini, Haji Abdul Jalil berasal daripada Sumatera, Indonesia dan telah datang bersama-sama ibu dan abangnya (Hj. Zainudin). Pada masa itu umur beliau dalam setahun @ dua tahun ketika beliau datang. Mereka sekeluarga telah berlayar (sebab datang dari laut, jadi sesuai dikatakan belayar) dari Sumatera dan mendarat di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan. Merupakan keturunan Mendaling (dikenali sebagai keturunan Tapanuli di Sumatera), beliau telah tinggal di Teluk Anson untuk beberapa tahun.

Setelah beliau dah besar dan ingin meneruskan kehidupannya, beliau bersama-sama dengan kumpulan beliau (geng dia senang cerita) dan abangnya merantau ke tempat lain dengan mendayung melalui Sungai Langat. Dayung punya dayung, sampailah beliau ke Kajang namun begitu pada masa itu tempat yang beliau sampai belum lagi diberi nama Kajang. Sesampai beliau disana, beliau telah bertemu dengan golongan orang Banjar yang mana pada masa itu orang Banjar telah pun menetap disana. Orang Banjar mengajak beliau berkajang (Berkajang = Berlawan). Dari situlah dapatnya nama tempat K A J A N G. Sesudah menang dalam perlawanan tersebut, beliau pun..................

Suspen tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa ikuti kami pada entry yang akan datang. Sampai disini sahaja dahulu. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang....^O^

FYI:
Panjang lagi ceritanya. Ini baru sahaja sebahagian cerita yang disampaikan oleh nenek ini. Jadi jangan ketinggalan untuk mengetahui kisah seterusnya pada entry yang akan datang. ^O^

Jom Pusing-Pusing:
Hasil maklumat ini merupakan maklumat yang asli hasil daripada pencarian kami. Terima kasih kepada sahabat ahli kumpulan kami kerana membantu kami dalam mencari maklumat ini. Nak tahu siapa sahabat kami itu, jangan lupa ikuti kami pada entry yang akan datang.

Friday, March 11, 2011

Restoran Po'sen, Memang SEDAP Yang AMAT Sekali....


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Sebelum kita berborak mengenai tajuk yang diutarakan diatas, kami warga JPP (Jom Pusing-Pusing) ingin mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kerana telah memberi sokongan yang amat padu dan baik terhadap blog ini dan juga Facebook kami. Tanpa anda semua, mungkin blog ini tidak jadi seperti sekarang ini. TERIMA KASIH lagi diucapkan.


[ Gambar: Sebagai tanda terima kasih kami kepada anda ]

Baiklah, berbalik kepada topik kita yang asal. Kami ingin membawa anda semua ke sebuah restoran ala-ala tradisional + hutan sikit (jangan risau, konsep restoran sahaja bukan makan betul-betul dalam hutan). Makanan dekat sini memang teramat sedap, kami tak tipu. MEMANG SEDAP YANG AMAT SEKALI!!!!!  Rugi gila kalau anda tak dapat merasanya. Mungkin ada sebahagian yang sudah mengetahui tentang restoran ini melalui Facebook kami tapi itu hanyalah melalui gambar sahaja. Kali ini kami hendak mencerita tentang pengalaman kami disana. Sedia, sedia? Jom Pusing-Pusing bersama kami ke Restoran Po'sen.....



Kami ke restoran ini dalam pukul 11.00 malam. Masa itu memang kami lapar gila sebab penat selepas menempuh hari yang mencabar pada pagi itu (memang teramat penat-penat sekali). Jadi kami ke sana kerana berpendapat lokasinya yang menarik dan sesuai dijadikan bahan bagi projek ini. Lokasinya memang cantik, bak kata orang dulu-dulu sejuk mata memandang. 

[ Gambar: Pintu masuk dia macam pintu gerbang rumah orang-orang kaya dulu kan? ]

Ada dua kawasan makan dalam restoran ini, pertama ialah kawasan biasa iaitu kawasan yang telah disediakan meja dan kerusi (sama seperti restoran-restoran lain) dan yang kedua ialah kawasan ala-ala kampung (makan bersila seperti berada dalam suasana kampung di pondok yang disediakan). Jadi kami memilih kawasan ala-ala kampung tersebut sebab rasa teruja untuk merasai suasana makan bersila beramai-ramai disamping udara yang nyaman bertiup sempoi-sempoi bahasa pada masa itu (memang betul-betul rasa macam dekat kampung la senang cerita).

Kami duduk sebentar ambik angin sambil melihat menu yang diberi oleh pelayan disitu. Muka kami semua macam pelik bila baca senarai menu yang diberi sebab nama menu dia pelik - pelik. Nasi Goreng Pakapau, Nasi Goreng Thai Briyani, Nasi Goreng Thai Po'sen, dan macam-macam lagi. Itu belum masuk lagi nama-nama makanan barat tapi kami memilih untuk makan nasi malam itu sebab semua tengah kelaparan nasi. Memang kesian sangat dekat tukang ambil pesanan sebab kena 'temuramah' secara tidak formal oleh kami sebab nak tahu apa sebenarnya lauk dalam nasi goreng tersebut.

Semasa tengah tunggu makanan sampai, kami berborak-borak tentang aktiviti yang dilakukan pada pagi itu dan berkongsi tentang perasaan ketika melakukan aktiviti tersebut.  Sambil ditemani bunyi cengkerik semasa berborak-borak dengan gembiranya, sebahagian pesanan yang kami pesan sudah pun siap. Boleh dibanggakan kerana khidmat yang diberikan amat memuaskan dan pesanan yang dipesan sampai tanpa perlu menunggu lama. Masa itu hanya tuhan sajalah tahu betapa bersinarnya mata kami melihat makanan tersebut. Dah la nasi dia banyak, pinggan dia lawa, sedap pula tu. Memang tak rugi kami memilih restoran ini. Kami pun makan dengan hati yang riang sambil merasa makanan antara satu sama lain.



 [ Gambar: 4 pinggan nasi yang sedap dan 1 pencuci mulut yang enak sekali, yummmmyyyyy]

Ok, cerita sampai disini saja. Nanti meleleh - leleh air liur kalian sebab tak sabar nak rasa makanan tersebut, rosak pula keyboard anda nanti. Jadi disini kami sertakan peta untuk ke sana berserta alamatnya.. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing ke Restoran Po'sen....^O^

[ Peta: Restoran Po' Sen, Jalan Baru Sungai Kantan, Kajang, Selangor ]

FYI:
Seperti biasa, mata perlu tajam agar anda tidak tersalah masuk jalan ketika mencari restoran ini. Semoge kenyang dengan gembira...^O^


Jom Pusing-Pusing:
Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada  Saudari Yaya sebab sudi bantu mempromosikan blog kami ini. Kepada sesiapa yang ingin tahu siapakah si gadis cantik manis ini, anda boleh ke blog beliau iaitu di yayaflanella.blogspot.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...