Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Wednesday, March 16, 2011

Haji Abdul Jalil, Pengasas Kepada Hulu Langat (Bahagian 1)

Salam satu Malaysia pada para pembaca sekalian. Kenapa pula  ada gambar nenek ini? Siapa nenek ini yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Haji Abdul Jalil dan siapa pula Haji Abdul Jalil??? Haaaa, banyak  bukan persoalan dekat sini. Jadi tajuk kami hari ini merupakan tajuk yang lebih hangat daripada biasa. Sebab apa? Sebabnya kita akan membongkar serba sedikit mengenai SEJARAH HULU LANGAT. Ya, sejarah yang tidak dapat anda dapati di mana-mana carian internet. Cerita kali ini kami bawa khas untuk anda dan ianya kisah benar....Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing bersama kami untuk merungkai kisah Hulu Langat yang sebenar...^O^




Haji Abdul Jalil ini sebenarnya orang yang membuka kawasan Hulu Langat ini. Tanpa beliau, kemungkinan besar Hulu Langat tidak akan menjadi seperti hari ini. Anak kedua daripada 2 orang beradik, beliau berada disini selepas dibawa oleh ibunya ke Tanah Melayu atas sebab-sebab yang tertentu (kami tidak diberitahu dengan jelas akan hal ini sebab P&C ). Carta dibawah ini merupakan salasilah keluarga Haji ini.

[ Ini salasilah dari ayah Haji hingga anaknya saja, cucu cicit beliau hanya dapat kenalpasti sikit sahaja ]




Sekarang kita baru saja nak masuk mukadimahnya. Jika kami menceritakan dahulu sejarah ini tanpa menceritakan serba sedikit salasilah, nanti anda semua akan terngaga sahaja sebab tak berapa faham dengan jalan dan watak yang kami ceritakan ini. Sebab itu kami selitkan salasilah ini walaupun ianya mungkin nampak sedikit sahaja. 

Menurut cerita nenek ini yang merupakan menantu kepada Haji Abdul Jalil ini, Haji Abdul Jalil berasal daripada Sumatera, Indonesia dan telah datang bersama-sama ibu dan abangnya (Hj. Zainudin). Pada masa itu umur beliau dalam setahun @ dua tahun ketika beliau datang. Mereka sekeluarga telah berlayar (sebab datang dari laut, jadi sesuai dikatakan belayar) dari Sumatera dan mendarat di Teluk Anson yang kini dikenali sebagai Teluk Intan. Merupakan keturunan Mendaling (dikenali sebagai keturunan Tapanuli di Sumatera), beliau telah tinggal di Teluk Anson untuk beberapa tahun.

Setelah beliau dah besar dan ingin meneruskan kehidupannya, beliau bersama-sama dengan kumpulan beliau (geng dia senang cerita) dan abangnya merantau ke tempat lain dengan mendayung melalui Sungai Langat. Dayung punya dayung, sampailah beliau ke Kajang namun begitu pada masa itu tempat yang beliau sampai belum lagi diberi nama Kajang. Sesampai beliau disana, beliau telah bertemu dengan golongan orang Banjar yang mana pada masa itu orang Banjar telah pun menetap disana. Orang Banjar mengajak beliau berkajang (Berkajang = Berlawan). Dari situlah dapatnya nama tempat K A J A N G. Sesudah menang dalam perlawanan tersebut, beliau pun..................

Suspen tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa ikuti kami pada entry yang akan datang. Sampai disini sahaja dahulu. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang....^O^

FYI:
Panjang lagi ceritanya. Ini baru sahaja sebahagian cerita yang disampaikan oleh nenek ini. Jadi jangan ketinggalan untuk mengetahui kisah seterusnya pada entry yang akan datang. ^O^

Jom Pusing-Pusing:
Hasil maklumat ini merupakan maklumat yang asli hasil daripada pencarian kami. Terima kasih kepada sahabat ahli kumpulan kami kerana membantu kami dalam mencari maklumat ini. Nak tahu siapa sahabat kami itu, jangan lupa ikuti kami pada entry yang akan datang.

6 comments:

allaaa..
ape lah..suspen sungguh..
cepat2 lah kuakan entry seterusnye
tak sabar nak tau nie
 
crita ni cerita betul ke?
adakah dari sumber yang betul?
sebab benda ni tak boleh main2
 
illa : sabar ea,, saje nak kasi suspen sikit ^^ nantikan part 2 ea <3
 
en.halim : cerita ini adalah fakta dan bkn rekaan semata2,, sejarah yang belum ada tintanya,,kalau ade pun, mungkin bila search internet ta dapat :)
kami dapat maklumat ni dari menantu kepada pengasas HULU LANGAT sendiri, dan kesahihannya boleh dibuktikan dengan gambar dan bukti2 lain :)

<3
 
macamana kamu dapat maklumat ni
 
maklumat ni kami dapat dari sumber yang boleh dipercayai,,
macamana kami boleh jumpa nenek ni?
team kami menjalankan kajian mencari siapakah pengasas hulu langat
dan inilah hasilnya :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...