Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Friday, February 25, 2011

Meluncur Di Kawasan Air Terjun, Memang Terbaik Sekali.....

Salam Satu Malaysia kepada anda semua. Sudah lama rasanya kami tidak menulis entry mengenai aktiviti air yang boleh dilakukan di Hulu Langat. Kali terakhir pun kami bercerita mengenai Kem Herba yang terdapat di Sungai Congkak . Jadi hari ini kami ingin membawa anda meluncur di kawasan air terjun yang memang terbaik sekali...

[ Gambar : Selamat Datang ke Kawasan Air Terjun Sungai Gabai]

Disini kami ingin berterima kasih kepada rakan Facebook kami iaitu Wan Chiang kerana memberi kami idea untuk menulis entry mengenai Sungai Gabai ini. Jika tiada persoalan  ini, mungkin kami masih memikirkan tempat apa yang ingin dipromosikan didalam blog ini memandangkan Hulu Langat mempunyai terlalu banyak destinasi-destinasi menarik hingga pening kami dibuatnya...

[ Gambar: Terima kasih kepada anda kerana memberi inspirasi kepada kami untuk menulis entry ini ^O^]

Jadi disini kami ingin menerangkan serba sedikit mengenai Air Terjun Sungai Gabai dan bagaimana untuk pergi ke sana. Jom Pusing-Pusing bersama kami untuk mengetahui apa yang menariknya tentang Air Terjun Sungai Gabai...




Untuk pengetahuan anda semua, Air Tejun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui. Sungai Gabai ni tak sepopular Sg. Congkak mahupun Sg. Tekala tetapi kelainan Sg. Gabai ini yang membuatkan para pelancong tertarik dengan kawasan air terjun ini. Kelainan Sg. Gabai berbanding sungai-sungai lain ialah Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas (wah!!! tingginya O_o). Namun begitu, kawasan perkelahannya agak sempit dan berbatu-bata besar tetapi rasanya anda semua tidak kisah bukan dengan cabaran yang sekecil ini. Hahahahahah

Apabila anda sampai disini, anda akan dikenakan bayaran masuk. Bayaran sebanyak Rm2.00 bagi sebuah kereta dan RM1.00 bagi sebuah motosikal. Selepas anda membayarnya, anda akan menerima resit pembayaran seperti gambar dibawah ini.




Menurut salah seorang pengunjung yang pernah melawat ke sini iaitu saudari Laile, terdapat banyak pondok rehat yang telah dibina. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Surau, bilik persalinan dan juga tandas awam juga turut disediakan. Pemandangan pun cantik, kawasan persekitaran terjaga dan tong-tong sampah ada disekitar kawasan itu. Sungai Gabai ini mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462m) yang terletak di Negeri Sembilan.

Apa kaitannya meluncur dikawasan air terjun ini? Skroll tetikus anda ke bawah untuk melihat perbagai aksi-aksi menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan disini...





[Gambar: Antara aktiviti dan pemandangan yang ada di sini]

Itulah serba sedikit informasi yang boleh kami beri kepada anda pada minggu ini. Kami harap anda dapat menjaga keselamatan anda semasa berada disana. Maklumlah, ini kawasan berair dan berbatu. Pengawasan diri amat dititikberatkan. Sebelum kami terlupa dan anda juga tersesat, kami sediakan peta kepada anda untuk pergi ke sana nanti. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing bersama kami menikmati air yang sejuk dan selesa ini.....Semoga Bergembira ^O^

 [ Peta : Jalan menuju ke Kawasan Air Terjun Sungai Gabai]


FYI:
Entry ini ditulis bukan daripada pengalaman kami. Semua maklumat ini dirujuk daripada pengalaman:
  1. uncle815.blogspot.com
  2. nyamouq.blogspot.com
  3. messhl.blogspot.com
Dan kepada sesiapa yang ingin melihat penglibatan kami sepanjang proses pengumpulan maklumat di HULU LANGAT, jangan lupa lawati Facebook kami. Klik sini untuk melihat segala aktiviti kami Hulu Langat.

Jom Pusing-Pusing:
Bila dibaca balik, teringin pula nak pergi mandi air terjun. Baru minggu lepas mandi di Sungai Congkak tapi tak puas sebab masa suntuk. Harap kami dapat pergi ke Air Terjun Sungai Gabai jika ada peluang.

Monday, February 21, 2011

Agrotek Garden Resort, Memang Lain Dari Yang Lain

Salam Satu Malaysia kepada para pembaca sekalian. Kami TERsangat-sangat maaf kerana tidak dapat mengup-date blog ini pada minggu lepas. Hal ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan disamping melawat ke kawasan kajian kami untuk 'Final Projek' ini. Banyak maklumat yang kami dapat sepanjang kami melakukan kajian di Hulu Langat. Kisah-kisah tersebut akan diceritakan tidak lama lagi (InsyaAllah) apabila siap kami mengedit dan memproses maklumat tersebut termasuk gambar-gambar yang menarik.

Jadi bagi menghilangkan rasa sunyi anda setelah sekian lama tidak membaca blog ini (pandai kau mengayat pembaca ek ^_^ ;) , Jom Pusing-Pusing bersama kami melawat satu resort yang memang lain dari yang lain. Dekat mana? 












Gambar: Besar punya gambar permulaan entry ini, khas untuk anda semua. Hihihihihi c( ; ]

Resort ini dibangunkan oleh Tuan Hj. Karim Bin Ali pada tahun 2003 selepas beliau bersara daripada industri perbankan. Bermula dengan hanya 4 unit chalet sahaja, kini resort ini sudah semakin membesar iaitu mempunyai 59 unit chalet dan 3 jenis domitri (wow, banyak tuuuu!!!). Resort ini dibina di dalam taman hutan terbuka bagi memenuhi konsep pembinaannya iaitu Konsep Taman Hutan Tropika. Jadi tidak hairanlah jika citi-ciri dan bentuk chalet yang direka berasaskan alam semulajadi.

Ada macam-macam bilik penginapan dekat resort ini antaranya Pine 2, Cenderawasih, Garden Panorama,  Rumbia dan pelbagai lagi jenis bilik yang ada disini. Klik INI untuk melihat pakej bilik yang ditawarkan dengan lebih lanjut lagi ya. Untuk pengetahuan anda semua, bilik-bilik ini hanya dibekalkan kipas angin sahaja. Hanya dewan-dewan seminar sahaja yang dibekalkan dengan penghawa dingin. Ini dapat menunjukkan bahawa pihak resort mengambil berat dengan keadaan alam sekitarnya.

Agrotek Garden Resort juga menawarkan pelbagai pakej untuk para pengunjungnya. Ada pakej-pakej untuk Hari Keluarga, pakej-pakej untuk latihan dan juga seminar, bahkan pakej untuk Hi-Tea Party pun ada. Memang banyak pakej yang ditawarkan oleh pihak resort ini. Antara pelanggan tetap yang selalu menggunakan pakej tersebut adalah pihak UTeM, JKR, JPN, SUK,KKM, Bank Rakyat dan banyak lagi. Nak tahu lebih lanjut nanti, sila ke ruangan FYI nanti ya.

Panjang juga ya cerita kali ini. Tapi kalau anda baca sahaja tapi tak tahu lokasinya dekat mana, tak guna juga. Jadi disini kami bekalkan kepada anda peta untuk ke sana.

 [ Peta: Agrotek Garden Resort, Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2, Ulu Langat 43100 Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-9021 6541 / 6596 / 7935. | Faks: 03-9021 6514 ]

Macam mana para pembaca sekalian, teruja tak lepas baca entry kali ini. Tak teruja langsung sebab tak ada banyak gambar? Jika nak lihat lebih banyak gambar-gambar yang menarik tentang resort ini, jangan lupa lawati laman web Agrotek Garden Resort untuk mendapatkan lebih banyak informasi dan gambar-gambar yang dapat menaikkan semangat anda untuk pergi ke sana. Tunggu apa lagi para pembaca sekalian, JOM PUSING-PUSING ^0^...

FYI:
  1. Klik ini untuk lihat pakej-pakej bilik.
  2. Klik ini untuk mengetahui Pakej Hari Keluarga yang ditawarkan.
  3. Klik ini untuk tahu lebih lanjut tentang Pakej Latihan & Seminar.
  4. Klik ini untuk mengetahui lebih terperinci mengenai Agrotek Garden Resort. 
  5. Facebook Agrotek Garden Resort pun ada.
Jom Pusing-Pusing:
Disini kami ingin mengucapkan BERBANYAK-BANYAK terima kasih kepada pembaca kami,saudari adyp89 kerana sudi berkongsi maklumat ini dengan kami. Penat + puas kami mencari maklumat ini dahulu tetapi masih tidak jumpa, rupa-rupanya salah taip. Hihihihii. Ingin membaca blog saudari adyp89, klik la disini.

Wednesday, February 16, 2011

Jom Sihatkan Badan Anda Dengan Senamrobik

Salam satu Malaysia kepada para pembaca sekalian....
MPKJ akan mengadakan satu program yang akan diadakan di Bandar Baru Bangi...
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai program tersebut...


Jadi kepada warga Bangi...
Jom kita beramai-ramai memeriahkan program ini....
Sambil bersenam, sambil berhibur...
2 in 1, SYOK tu!!!!
^O^

Friday, February 11, 2011

Tukar VDay Anda Kepada Hari Coklat Sedunia

Salam satu Malaysia kepara para pembaca sekalian. Kami pasti ramai dikalangan anda semua pasti tertunggu-tunggu hari Isnin yang akan tiba ini bukan? Kepada warga Malaysia terutama yang beragama Islam, kalau boleh jangan lah sambut hari VDay (Valentine Day) ini jika anda belum tahu sejarah sebenar hari tersebut. Oleh sebab itu, kami disini ingin mengajak anda semua tukar sambutan VDay yang ditunggu-tunggu itu kepada Hari Coklat Sedunia. Walaupun Lembaga Koko Malaysia (LKM) isytiharkan Hari Coklat Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun, rasanya tak salah bukan kalau sambut Hari Coklat nie awal-awal. Jadi Jom Pusing-Pusing bersama kami melawat kilang coklat buatan Malaysia yang terletak di Bangi (Malaysia pun ada brand coklat sendiri tau)

Gambar : Inilah kilang coklat yang dikatakan itu]

Kalau nak tahu, coklat Beryl's ini asalnya hanya dijual di luar negara sahaja seperti di Jepun, Korea dan lain-lain. Kalau dekat dalam Malaysia pun, coklat ini hanya terdapat dekat kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti di KLIA dan KLCC. Tapi sekarang dah boleh jumpa jenama coklat ini dimana-mana sahaja tetapi terhad kepada beberapa jenis tertentu je tahu. Jadi beberapa gambar dibawah ini merupakan antara coklat yang terdapat dalam kilang ini yang anda tidak boleh jumpa di tempat lain:

Fruit & Nut Bar Milk Chocolate
 

Enternal Love Milk Chocolate

Mini Camior Assorted Chocolate

  Dragees Mixed Chocolate
 

  RB300P-A

Gambar : Antara beberapa jenis coklat yang terdapat di kilang ini ]

Macam-macam yang anda semua boleh buat bila dah sampai dekat kilang ini. Nak lihat proses pembuatan coklat boleh, nak tahu sejarah coklat boleh, nak beli coklat banyak-banyak pun boleh.Bagi para guru yang mahu adakan lawatan ke kilang ini, sila klik INI untuk isi borang lawatan ke sana. Kami tak mahu cerita banyak tentang kilang ini sebab lebih berbaloi kalau anda semua rasakan sendiri pengalaman tersebut Dengan ini, kami berikan peta untuk memudahkan anda ke sana. Anda pilih la mana-mana satu yang berdekatan dengan rumah anda, jimat sikit minyak tu....^_^


 [ Peta : Beryl's Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd, No. 8 Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan]

 [ Peta : Beryl's Chocolate Wonderland,No. 2, Jalan Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan  
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia]

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Beryl's Chocolate ini, anda boleh klik pada link yang kami sediakan di bahagian FYI pada enrty ini. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing bersama kami....^O^

FYI:
  1. Klik INI untuk tahu barangan yang terdapat di kilang ini.
  2. Klik INI untuk tahu lebih lanjut tentang kilang ini dan juga penempahan lawatan ke kilang.
Jom Pusing-Pusing:
Jika ingin menyambut sesuatu perayaan atau peristiwa, kita perlu tahu sejarahnya terlebih dahulu. Jangan sambut sesuatu peristiwa itu sesuka hati. Niat juga penting ketika menyambut sesuatu perayaan ataupun peristiwa yang berlaku pada hari tersebut. Itu sahaja pesanan kami pada entry kali ini.

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Fa Cai To All People Who Visit This Blog

Salam 1 Malaysia to all our reader either permanent reader or silent reader!!!!
We want to wish Happy Chinese New Year to all of you...

Gong Xi Fa Cai  ( 恭喜发财 )
Picture : This year is Rabbit year ^O^ ]

We also have one announcement for you that we got from MPKJ....


Let joint this event and celebrate with other....
Happy Chinese New Year!!!!!!

Gunung Chenuang, Gunung Low Profile???

Apa khabar pembaca-pembaca sekalian? Sudah lama penulis tidak menulis ruangan khas didalam blog ini. 
Kawan penulis ada memberi cadangan tentang gunung menarik yang boleh dipromosikan didalam blog ini. Namun lain yang cari lain pula yang penulis jumpa. Diharap kepada saudara Firdaus, entry ini dapat membantu anda mencapai misi anda walaupun apa yang saudara mintak itu tidak dapat ditunaikan...=,=;

[ Beliau mintak tolong cari info tentang G7 & G11 tapi penulis tak jumpa. Maaf ye ]

Sewaktu penulis sedang mencari informasi yang kawan penulis cadangkan, penulis terjumpa mengenai entry Gunung Chenuang ini. Tak dapat maklumat tentang G7 & G11 pun tak apa la, janji penulis masih dapat membantu kamu bukan?? ^O^ Jadi kepada pembaca-pembaca sekalian terutama saudara Firdaus, Jom Pusing-Pusing bersama penulis untuk mengetahui tentang Gunung Chenuang ini daripada blog Encik Naimisa Yusof....




Sinopsis yang boleh penulis tulis melalui pengalaman saudara Naimisa ini, mereka telah pergi ekspedisi di Gunung Chenuang ini secara berkumpulan. Mereka telah bertolak ke Chongkak Park & Resort (CPR) kerana pintu masuk gunung yang mempunyai ketinggian 853m dari aras laut ini terletak berdekatan dengan resort tersebut. Disana mereka telah disambut oleh pengurus resort tersebut dan juga jurupandu ekspedisi iaitu En. Halim dan En. Ramli.

[ Gambar : Resort yang mereka pergi untuk masuk ke Gunung Chenuang ]

Menurut kata jurupandu ekspedisi mereka, laluan ke gunung ini sudah lama tidak digunakan sejak 5 TAHUN lalu (gila lama O_O). Jadi laluan untuk ke sana sudah pun dihalangi oleh buluh dan juga semak-samun. Mereka semua telah mengambil masa kira-kira 4 jam 15 minit untuk sampai ke puncak Gunung Chenuang tersebut. Disitu telah terpasang mercu tanda dan 'tandatangan' terakhir daripada pendaki terakhir ialah pada tahun 2005. Dari puncak tersebut mereka dapat melihat Empangan Hulu Langat, Batu Berkembar dan Bukit Tebuk. Bahagian Barat dan Timur Bukit Tebuk dipisahkan oleh empangan tersebut.

Secara konklusinya penulis boleh katakan, kepada sesiapa yang ingin mendaki gunung ini diharap mendapat perkhidmatan jurupandu dahulu. Sebabnya? Keadaan gunung yang sudah lama tidak dilawati ini mungkin akan menyukarkan pendakian kalian disamping laluannya yang sudah dipenuhi dengan semak-samun dan buluh. Disebabkan itulah penulis kata gunung nie low profile sebab gunung nie jarang dikunjungi dan didaki. Kalian juga perlu berhati-hati kerana tanah disana yang agak licin, takut tergelincir pula. Sila lihat di ruangan FYI untuk tahu lebih lanjut tentang ekspedisi ini.

Jadi Firdaus, ok tak entry ini? Kalau kau dah pergi sana nanti, jangan lupa kongsi gambar-gambar yang menarik ye...

FYI:
  1. Klik sini untuk baca pengalaman encik Naimisa dengan lebih terperinci dan menarik.
  2. Harap maaf kerana gambar komen itu nampak kabur, tak boleh dibesarkan lagi.
  3. Entry Encik Naimisa ini bertarikh 28 Mac 2010, jadi kalau ada perubahan sila berkongsi bersama kami.
Pesanan Penulis:
Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada para pembaca yang beragama Buddha. Sempena cuti semester ini, penulis bersama ahli-ahli yang lain akan cuba meng up-date lebih banyak entry untuk kalian semua. ^o^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...