Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Saturday, January 15, 2011

Kawasan Perkhemahan & Kem Yang Dinantikan Oleh Para Guru.


Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Sempena permulaan sesi persekolahan di seluruh Malaysia, kami pasti para guru mesti sibuk dengan pendaftaran pelajarnya, hari sukannya, pengurusan kelab dan persatuan serta badan beruniform dan macam-macam lagi. Tidak mustahil ada dikalangan anda sekalian yang tengah sibuk mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan perkhemahan bagi kelab-kelab di sekolah anda. Oleh sebab itu kami disini ingin memperkenalkan satu tempat yang menarik untuk anda mengadakan perkhemahan di dalam alam hijau yang mempersonakan. Nak tahu kat mana? Jom Pusing-Pusing bersama kami.....

Gambar:Jom Pusing-Pusing di Kem Herba Sungai Congkak]

Hari ini kita akan pusing-pusing di Kem Herba Sungai Congkak. Pasti ramai yang tahu Sungai Congkak amat terkenal di Hulu Langat. Tapi jangan di sangka bahawa hanya ada sungai sahaja disitu. Kat sini juga ada tempat-tempat untuk berkhemah.yang pastinya membuatkan anda rasa ingin terus tinggal disana.
Sejarah:

Kalau anda semua nak tahu, kem ini telah dibangunkan oleh sepasang suami isteri yang mana suaminya merupakan bekas pensyarah di UPM iaitu Dr. Mohd Noor pada tahun 2000. Dengan bertemakan herba, kem ini mempunyai keluasan sebesar 4 ekar. Sebahagian daripada kawasan tu ditanam dengan pelbagai tumbuhan herba antaranya Mahkota Dewa, Misai Kucing, Serai Wangi, Kayu Manis dan tumbuhan kegemaran para suami isteri di seluruh Malaysia iaitu Tongkat Ali dan Kacip Fatimah (alahai, senyum pula korang ye). Bukan setakat tumbuhan herba saja yang ada disini tetapi pokok buah-buahan juga mendiami kem herba ini antaranya pokok cempedak, manggis, durian, salak, rambai dan dukong. Memang beruntung kalau anda semua pergi kesini pada musim buahnya lagi-lagi musim durian. Memang layan habis.

Gambar:Dikelilingi dengan pokok durian, memang syok puya ]

Kemudahan & Perkhidmatan:

Kem Herba ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk perkhemahan, tempat ini juga sesuai digunakan untuk kem-kem motivasi dan juga aktiviti pendidikan. Senarai dibawah ini dapat menunjukkan  beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh Dr. Mohd Noor dan isterinya kepada para pengunjung.

[ Antara Senarai kemudahan yang disediakan ]

Kem ini juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
  1. Katering.
  2. Ceramah -ceramah entnobotany dan pokok-pokok yang unik dari segi botani.
  3. Nature Study
  4. Jungle Trekking
  5. River Crossing.
[ Bahagian atas ialah dorm dan bahagian bawah pula ialah dewan serbaguna ]

[ Dewan Makan ]

 [ Jalan untuk ke Hutan. Cantik bukan? ]

[ Salah satu chalet/bilik yang disediakan ]

[ Bilik yang banyak ]

[ Dewan Serbaguna ] 

Pakej:
  1. Berkumpulan untuk 3 hari 2 malam = RM55/pax
  2. Berkumpulan untuk 2 hari 1 malam = RM35/pax
Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Kem Herba Sungai Congkak. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun tempaha, anda semua bolehlah berhubungan dengan Dr. Mohd Nor ataupun isterinya Puan Zalina di talian:
  • 012-3057161
  • 012-9025852

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...