Jom Pusing Pusing

.EXPLORE.DISCOVER.SHARE.

This town is popular for its recreational activiti

Wednesday, January 26, 2011

Pasar Malam Hulu Langat - Beli Barang Sambil Mengajar...^O^

Salam kepada para pembaca sekalian. Entry kali ini kami akan memberi anda info mengenai pasar malam yang terdapat dekat daerah Hulu Langat secara ringkas.


[ Gambar: Ini ialah mukim-mukim yang terdapat dekat daerah Hulu Langat ]

Hampir semua mukim dekat daerah Hulu Langat ni ada pasar malam tapi kami hanya akan cerita tentang pasar malam mukim hulu langat sahaja. Jika anda nak tahu tempat yang selanjutnya, sila baca di ruangan "FYI" nanti ye...^0^ Bagi sesiapa yang duduk dekat dalam Mukim Hulu Langat, anda boleh pergi membeli barang-barang dapur anda ataupun perkena Yong Tau Fuu di kawasan-kawasan berikut....^^


Apa kaitan pasar malam dengan mengajar? Dekat pasar malam bukan ye ada sekolah tetapi anda semua (terutama pada para ibubapa) bolehlah mengajak anak-anak anda yang masih kecil tu kenal-kenal dengan barang dapur macam bawang ke, cili ke, sayur atau ikan dan lain-lain. Budak-budak kecik ni senang nak faham kalau kita ajar sesuatu. Jadi ini boleh menjadi peluang yang baik kepada anda untuk bermesra-mesra dengan anak sambil melihat pembesaran mereka macam yang akak Liz kita cerita dalam blog dia. (klik sini untuk baca mengalaman beliau tersebut).

Jadi tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing dengan menjelajah Pasar Malam di Hulu Langat sambil perkena Yong Tau Fuu...hihihihihiihi c(;

FYI:
  1. Pasar Malam Mukim Hulu Langat 
  2. Pasar Malam Mukim Cheras 
  3. Pasar Malam Mukim Kajang
  4. Pasar Malam Mukim Semenyih 
  5. Pasar Malam Mukim Beranang 

PESTA PONGGAL 2011 ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Ada satu pengumuman....

 
Diharap pada sesipa yang duduk berdekatan dalam hadir bagi memeriahkan lagi pesta ini....
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web Majlis Perbandaran Kajang (Klik Sini)...

Tuesday, January 18, 2011

Bukit Broga - Syurga Gambar Di Waktu Pagi.....

Salam Satu Malaysia kepada para pembaca sekalian. Sebelum kami memulakan penulisan, kami nak tanya satu soalan. Anda semua pernah bergambar di depan matahari? Pernah? Kalau setakat ambik gambar depan pantai tu, tak main la. Itu semua dah biasa sangat. Kami kat sini nak bagi satu pengalaman yang memang lain daripada yang lain. Seperti yang tentera pada tajuk entry ini, kami nak tunjukkan kepada anda sebab kenapa anda semua patut pergi bergambar di Bukit Broga ni. Sebelum nak tahu lebih lanjut, mari kita mengodek-godek dahulu gambar-gambar yang menarik dekat Bukit Broga ini sebelum nak tahu lagi tentang Bukit Broga.



Gambar : Antara gambar-gambar sewaktu matahari mula terbit. ]

Macam mana, lawa tak? Mestila lawa bukan. Inilah sebabnya kami cadangkan anda pergi ke Bukit Broga. Untuk pengetahuan anda semua, Bukit Broga ini terletak di Semenyih (masih dalam Daerah Hulu Langat). Kalau anda semua nak pergi ke sana melalui MRR2, lalu disitu sampai nampak 'Exit' ke Taman Cheras . Lepas nampak 'roundabout', ambik '1st exit' ke Jalan Cheras dan anda akan melalui Lebuh Raya KL - Seremban sepanjang 22km. Lalu terus saje sammmmpai nampak papan tanda Jalan Broga sebelah kiri lebih kurang 3.8km, masuk kiri lagi lebih kurang 7.3 km anda akan nampak papan tanda 'Broga Hill Trail'. Lebih kurang 2.8km lagi anda pandang sebelah kiri anda, takut terlepas pula. Itu kalau nak ikut jalan jauh la, kena bayar tol kalau ikut jalan tadi. Bagi sesiapa yang duduk berdekatan dengan Universiti Nottingham, anda semua memang beruntung sebab Bukit Broga ini memang berdekatan dengan universiti ini. 

Trek untuk naik ke bukit ini senang saja bagi mereka yang sudah biasa mendaki, dalam masa lebih kurang 30 - 45 minit dah boleh sampai. Tapi itu bukan masalahnya sebab kebanyakkannya mesti nak naik waktu pagi bukan, lagi afdal lepas waktu subuh dah mula mendaki. Jadi disini kami nak menekankan agar bawaklah air mineral dan juga coklat sikit untuk tenaga anda. Pagi-pagi tak sarapan nanti susah pula, tak pasal-pasal sakit perut pula dekat atas bukit tu. Dekat atas bukit tu tiada tempat untuk anda melepaskan hajat tahu. Hahahahaha, jadi sebelum sampai kesana singgahlah mana-mana stesen minyak ke, kedai makan Pakcik Mail atau Makcik Bedah ke (hihihi, gurau je ye tentang nama kedai tu) atau mana-mana sajalah untuk lepaskan hajat anda itu. ^O^ 

Malas nak tulis banyak-banyak, kami sertakan sekali gambar-gambar yang menarik untuk tatapan anda. Tunggu apa lagi, JOM PUSING-PUSING bersama kami untuk menikmati pemandangan indah yang sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan Selangor ini sambil berposing mengambil gambar di atas bukit yang damai ini.






Gambar : Antara pemandangan yang memukau mata memandang ] 

FYI:
  1. Trek untuk menaiki bukit ini telah pun disediakan, jadi tak payah la susah-susah lan cari trek lagi. 
  2. Kalau ada sesiapa yang nak berkhemah di atas ini juga dipersilakan.
  3. Bagi sesiapa yang bawa gadget kamera yang banyak, pendakian mungkin akan mengambil masa sedikit atas faktor curam . Jadi sila berhati-hati ya.
Jom Pusing-Pusing:
Memandangkan ada sebahagian pelajar kelas kami yang membincangkan tentang Bukit Broga ini didalam Facebook, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikannya. Hiihihihiihiihi, peluang yang baik bukan? ^^

Saturday, January 15, 2011

Kawasan Perkhemahan & Kem Yang Dinantikan Oleh Para Guru.


Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Sempena permulaan sesi persekolahan di seluruh Malaysia, kami pasti para guru mesti sibuk dengan pendaftaran pelajarnya, hari sukannya, pengurusan kelab dan persatuan serta badan beruniform dan macam-macam lagi. Tidak mustahil ada dikalangan anda sekalian yang tengah sibuk mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan perkhemahan bagi kelab-kelab di sekolah anda. Oleh sebab itu kami disini ingin memperkenalkan satu tempat yang menarik untuk anda mengadakan perkhemahan di dalam alam hijau yang mempersonakan. Nak tahu kat mana? Jom Pusing-Pusing bersama kami.....

Gambar:Jom Pusing-Pusing di Kem Herba Sungai Congkak]

Hari ini kita akan pusing-pusing di Kem Herba Sungai Congkak. Pasti ramai yang tahu Sungai Congkak amat terkenal di Hulu Langat. Tapi jangan di sangka bahawa hanya ada sungai sahaja disitu. Kat sini juga ada tempat-tempat untuk berkhemah.yang pastinya membuatkan anda rasa ingin terus tinggal disana.
Sejarah:

Kalau anda semua nak tahu, kem ini telah dibangunkan oleh sepasang suami isteri yang mana suaminya merupakan bekas pensyarah di UPM iaitu Dr. Mohd Noor pada tahun 2000. Dengan bertemakan herba, kem ini mempunyai keluasan sebesar 4 ekar. Sebahagian daripada kawasan tu ditanam dengan pelbagai tumbuhan herba antaranya Mahkota Dewa, Misai Kucing, Serai Wangi, Kayu Manis dan tumbuhan kegemaran para suami isteri di seluruh Malaysia iaitu Tongkat Ali dan Kacip Fatimah (alahai, senyum pula korang ye). Bukan setakat tumbuhan herba saja yang ada disini tetapi pokok buah-buahan juga mendiami kem herba ini antaranya pokok cempedak, manggis, durian, salak, rambai dan dukong. Memang beruntung kalau anda semua pergi kesini pada musim buahnya lagi-lagi musim durian. Memang layan habis.

Gambar:Dikelilingi dengan pokok durian, memang syok puya ]

Kemudahan & Perkhidmatan:

Kem Herba ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk perkhemahan, tempat ini juga sesuai digunakan untuk kem-kem motivasi dan juga aktiviti pendidikan. Senarai dibawah ini dapat menunjukkan  beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh Dr. Mohd Noor dan isterinya kepada para pengunjung.

[ Antara Senarai kemudahan yang disediakan ]

Kem ini juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
  1. Katering.
  2. Ceramah -ceramah entnobotany dan pokok-pokok yang unik dari segi botani.
  3. Nature Study
  4. Jungle Trekking
  5. River Crossing.
[ Bahagian atas ialah dorm dan bahagian bawah pula ialah dewan serbaguna ]

[ Dewan Makan ]

 [ Jalan untuk ke Hutan. Cantik bukan? ]

[ Salah satu chalet/bilik yang disediakan ]

[ Bilik yang banyak ]

[ Dewan Serbaguna ] 

Pakej:
  1. Berkumpulan untuk 3 hari 2 malam = RM55/pax
  2. Berkumpulan untuk 2 hari 1 malam = RM35/pax
Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Kem Herba Sungai Congkak. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun tempaha, anda semua bolehlah berhubungan dengan Dr. Mohd Nor ataupun isterinya Puan Zalina di talian:
  • 012-3057161
  • 012-9025852

Monday, January 10, 2011

Kolam Air Panas & Pancuran Air Panas Amat Berbeza Sekali

Sampai sekarang aku tak boleh lupakan dengan persoalan ini yang di keluarkan dengan bernasnya oleh kawanku melalui panggilan telefon pada jumaat lalu. Persoalan yang boleh membuat aku ketawa sampai terguling-guling seperti Shin Chan. Namun betul juga apa yang disampaikan oleh beliau.

Kawan: Salam budak, aku baru baca entry kau tadi.
Penulis: Wasalam bapak budak, dah baca tu tak reti-reti nak bagi komen ke?
Kawan: Bapak budak kau panggil aku, cis! Internet tempat aku lumba lari dengan siput, tapi siput pula yang menang. Kesian kesian.
Penulis: Samalah dengan tempat aku ni. Tiba-tiba telefon kenapa, rindu ke? hahahahahah
Kawan: Gila ape aku nak rindu kau, aku nak bagi komen pasal entry kau sebenar ya. Nanti kalau tak bagi bising pula dekat Facebook aku. Ni nak tanya, kau tak rasa membazir ke pergi kolam air panas tu? Dekat rumah kan ada 'shower' air panas, pakai air panas tu kira cukup la.Tak payah nak membazir duit nak keluar-keluar ni, dah la harga minyak makin naik 
Penulis: Gila kejam kau cakap macam tu.
Kawan: Bukan kawan kau la kalau tidak kejam. Jadi cerita sikit dekat aku apa yang ISTIMEWA sangat dengan kolam air panas ini.
Penulis: Baik......(menjawab dengan gaya Shin Chan)

[ Kolam Air Panas Sungai Serai walaupun tak nampak macam kolam tapi banyak kebaikkannya ]

Macam mana la kau boleh samakan pancuran air panas dekat rumah tu dengan kolam air panas. Aku masih memikirkan logik ataupun tidak dengan persoalan itu (nampak macam logik la pula). Jadi biar aku bagi beberapa sebab yang lebih logik dari persoalan kamu itu ya wahai kawan aku.
  1. Sumber utama kolam ini daripada air bawah tanah.(nampakkan ISTIMEWAnya)
  2. Mampu mengubat penyakit seperti gaout, sakit kulit, sakit sendi dan pinggang dan lain-lain (secara beransur-ansur ya)
  3. Dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama pengunjung disitu.
  4. Menyegarkan badan yang letih dan sengal-sengal.
  5. Dapat cuci mata (tengok pemandangan hijau ok, jangan fikir lain pula)
  6. Dan sewaktu dengannya.
Terjawab tak soalan kamu itu? Kalau masih tak jawab, kau pergilah ke kolam air panas tu dan rasakan sendiri betapa nikmatnya kolam air panas. Baru kau tahu nanti kolam air panas atau pancuran air panas yang lagi gempak rasanya.

FYI:
Kolam air panas ini masih ada khasiat-khasiatnya yang tersembunyi. Tidak boleh mengatakan dengan pasti apakah lagi kebaikkan dia selain perkara diatas tetapi ianya memang baik untuk kesihatan. Tunggu apa lagi, Jom Pusing-Pusing ke kolam air panas untuk merasai kenikmatannya.

Wednesday, January 5, 2011

Spa Semula Jadi, Memang LAYANNN Puya...

Apa khabar pembaca-pembaca blog ini? Diharap anda semua sihat walafiat belaka. Permulaan nukilan ini bukannya bermaksud kami sudah lama tidak menulis surat tapi sebagai kata-kata aluan yang manis dan sopan untuk menyambut tetamu yang semakin ramai membaca blog ini walaupun kebanyakkannya hanyalah PEMBACA DIAM a.k.a "silence reader" (hahahaha, skema gila ayat ini). Ok lah, cukup-cukup la melalut kat sini.....

Sabtu lepas kita baru sahaja menyambut Tahun Baru 2011 dengan melihat bunga api dan bergembira dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan. Kami pun tahu yang anda semua pasti melompat sakan dan begitu teruja sekali menyambutnya lagi-lagi kepada mereka yang menyambut di I-City, KLCC, KL Tower, Genting Highland dan banyak lagi la tempatnya. Jadi kami ingat nak menawarkan spa percuma pada anda (ini spa halal taw, bukan tipu-tipu punya). Anda semua dah melompat sakan dan teruja sangat sambut Tahun Baru bukan, jadi mesti ada sengal-sengal sendi dan urat kat badan tu. Jadi apa salahnya pergi ke spa-spa yang kami taawarkan ini. Tak perlu bayar pun, Cuma pergi ke sana dan layan diri, memang syok habis bak kata Farah Fauzana dalam Melodi - LAYANNNNN...............

[ Jom Pusing-Pusing kat mana spa yang best sangat tu?? LAYANNN ]




Spa ini terletak di Hulu Langat, dan ianya amat terbuka. Anda tak perlu malu-malu nak pergi sana, lelaki dan perempuan boleh datang. Ada 2 kawasan baik punya dekat Hulu Langat ini untuk anda semua melayan diri anda. 

Spa yang pertama ialah KOLAM AIR PANAS SG. SERAI dan yang keduanya ialah KOLAM AIR PANAS DUSUN TUA (sila buat muka terkejut beramai-ramai sambil tepuk meja kuat-kuat dan ketawa). Anda janganlah fikir yang bukan-bukan, bukan ke spa itu tempat untuk berehat dan merawat diri terutama bagi mereka yang sengal-sengal badan,sendi dan urat.Kiranya kolam air panas ini pun boleh dikira spa jugalah, betul tak betul tak?? Tunggu apa lagi, JOM PUSING-PUSING bersama kami tinjau kat mana lokasi yang baik punya itu, hihihihihihhi...

1. Kolam Air Panas Sungai Serai.

Kolam air panas ini tak berapa jauh pun dari Kuala Lumpur ini. Kalau naik kereta, anda semua akan sampai ke sana lebih kurang 30 minit dari ibu negara ini. Kolam ini terletak di Batu 11 Hulu Langat berhampiran dengan masjid yang bernama Masjid Ehsan disebelah kanan anda. Kalau anda tidak jumpa masjid itu, rajin-rajin la keluar dari kereta dan bertanya dekat orang kampung macam perbualan dekat bawah ini

Kami: Pak cik, tumpang tanya. Nanding dekat mana?? Kami hendak pergi ke Kolam Air Panas Sg. Serai.
Pakcik: Owh, Nanding ya.Dekat dah dengan kolam air panas tu. 
Anak ikut jalan ini, ini lepas tu.....???
(ok, lupa ayat dia sebab dia cakap loghat Negeri Sembilan)

Lepas je dengar jalan yang ditunjuk oleh pakcik itu, kami pun redah la ke sana ke sini sambil mengingat jalan yang dikatakan oleh pakcik itu dengan muka yang berkerut. Akhirnya jumpa juga kami dengan papan tanda ini.

[ kecik je papan tanda dia ini, patut lor tak jumpa ]

Jadi kalau anda semua hendak pergi ke sini, mata kena bukak luas-luas dan jangan bawak kereta laju-laju. Takut nanti terlepas pulak. Kolam ini hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam sahaja. Kalau anda nak berendam dalam kolam air panas ni macam dalam cerita korea dan jepun tu, dicadangkan anda pergi pada waktu malam sebab kalau nak berendam waktu pagi takut badan anda melecur pulak (agaknya la sebab tak cuba lagi berendam waktu pagi, baru rendam kaki saja). Kawasan untuk berendam ada disediakan iaitu di Sungai Serai, dekat-dekat situ juga.

Pada pakcik - pakcik dan makcik - makcik yang teringin jugak nak pergi tapi tak larat nak duduk situ dan rendam kaki lama-lama, pakcik dan makcik boleh la pergi ke perigi yang berdekatan dekat sini. Ada gayong dan baldi disediakan dekat situ. Jadi bolehlah pakcik dan makcik bersuka ria disana sambil menikmati pemandangan hijau yang aman dan damai. ^O^

[ perigi air panas yang terletak dekat dengan kolam air panas sungai serai ]

Disini kami nak beritahu kelebihan dan kekurangan yang ada dekat kolam air panas ini. Jika anda nak ke sini, anda tidak perlu risau tentang bayaran masuk dan tempat letak kereta sebab ianya PERCUMA. Cuma anda perlu berhati-hati sikit sebab kami tengok disini tak banyak ada lampu jalan, tempat nak tukar baju pun tak ada. Jadi seperti yang kami katakan pada permulaan 'entry' ini, sila layan diri anda masing-masing. Kalau nak berkelah dekat sini boleh, dipersilakan tetapi jagalah kebersihan tempat ini. Itu sahaja.

FYI:
Jika anda ingin melihat lagi gambar-gambar yang menarik di Kolam Air Panas Sungai Serai, anda boleh la klik di SINI ya...

Jom Pusing-Pusing:
Cerita tentang Kolam Air Panas Dusun Tua tidak boleh disiarkan lagi sebab ada kejutan  untuk anda semua. Hihihihi, tak sabar pulak bila kejutan itu dah siap nanti... c( ;

Saturday, January 1, 2011

Gunung Nuang, Puncak Paling Tinggi Dekat Selangor....



Hari ini bersempena dengan tahun baru, aku pasti setiap dari anda semua tentu sudah memasang hajat dan azam yang tinggi...sama tinggi dengan puncak yang tertinggi di Negeri Selangor ini. Sambil melihat bunga api yang berwarna-warni di langit, sambil itu masing-masing memasang hajat dan azam untuk tahun baru ini. Bagi yang tidak sempat nak tunaikan azam tahun 2010, jangan segan silu untuk 'top-up' azam baru anda itu dengan azam tahun 2011 ye...hihihihihiihihihi ^O^

Baiklah. Sebenarye aku ada menerima pertanyaan dan komen daripada "Orang Tak Bernama" kemarin yang bertanyakan tentang ketinggian gunung nuang ini. Mungkin orang tersebut ingin menyambut tahun baru disana dengan melihat bunga api dekat Genting Highland, ataupun ingin menjerit dengan sekuat hati melaungkan azam dan hajat 2011 ye tanpa diketahui oleh orang lain. (Ish ko nie, tak baik bersangka buruk tahu...dush dush). Jadi, aku pun cari la maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk menerangkan lebih lanjut tentang Gunung Nuang ini. ( Secara rasminya ayat tadi menunjukkan yang aku tak pernah pergi lagi tempat ini ^^; ).




[ tak tahu siapa yang bertanya tapi terima kasih sebab bagi aku kerja untuk cari maklumat tentangnya ]

Gunung Nuang sememangnya menarik untuk didaki terutama sekali bagi para pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu. Selalunya mereka ini akan membuat latihan mendaki di Gunung Nuang bagi yang duduk di Selangor lor (kalau ikut logik akal kawe). Ada 3 jalan masuk untuk naik ke gunung ini iaitu Kuala Pangsoon dekat Hulu Langat, Kampung Kemensah dekat Gombak dan Bukit Tinggi dekat Bentong Pahang (orang pahang pun joint jugak rupanya). Senang cerita anda semua skrol la ke bawah untuk tahu maklumat asas dia dengan lebih lanjut.


  
Amacam, best tak maklumat yang aku dapat ni??? Bestkan...Sekarang mari kita semua berkongsi pengalaman Daweeya dan juga Kwong Fei yang telah mendaki Gunung Nuang ini, Jom Pusing-Pusing!!!!!



Si cantik molek ni pergi berkhemah disana, bersama 21 orang yang sertai perkhemahan itu. Dah kata berkhemah bukan, jadi sudah semestinya mereka bermalam disana. Mereka berkhemah dekat Kem Lolo, salah satu tempat perkhemahan yang telah disediakan oleh pihak Gunung Nuang kepada para pendaki. Ambik masa lebih kurang 3 jam jugak la dorang nak memanjat untuk sampai ke Kem Lolo itu. Sampai-sampai aje dekat situ, berdirilah khemah-khemah dan barang-barang yang sewaktu dengannya yang mereka bawak dan siapkan sebagai persiapan untuk bermalam kat situ.

 [ tanda tapak perkhemahan cik Daweeya ]

Esok paginya, selepas dikejutkan dengan lolongan apek (apa yang Daweeya cakap dalam blog dia lor), mereka pun bersiap-sedia untuk mendaki. Daripada 21 orang, 5 orang sudah pancit sebab stamina tak berapa cukup agaknya. Si kawan Daweeya ni pula beberapa kali jatuh tapi mujur ketua pendakinya ada untuk menjaga mereka tapi dorang suka pulak (hahaha, biasa la tu kan kan kan)


 [ ketua dan apek yang dikatakan oleh cik Daweeya, patut la suke. Jangan marah ye ]

Sampai dekat Kem Pacat, mereka berehat-rehat dan isi perut dulu sebelum sambung pendakian. Ambik gambar pemandangan, posing sana sini, makan dan macam-macam lagi. Memang seronok la kalau baca. Objektif cik daweeya ni nak sampai ke Puncak Pengasih tapi malangnya tidak kesampaian sebab hujan, ketua mereka tak bagi demi keselamatan. Banyak lagi kesah menarik gambar tentang pendakian Daweeya ni dan anda semua boleh layan nukilannya di bahagian akhir entry ini.


[ "baru redah anak sungai, belum ayah sungai lagi" kate Daweeya ]


2. Kwong Fei


Cerita Kwong Fei nie bagi aku paling menarik sekali. Walaupun ceritanya ditulis dalam bahasa inggeris namun senang difahami. Mungkin sebab aku dah biasa belajar dalam bahasa inggeris agaknya tapi itu nombor 2 @ 3 @ 100 sebab yang penting cerita dia boleh buat anda semua macam ada dekat pendakian itu. Syok gila tahap dewa sungguh la wa cakap sama lu orang.


 [ antara yang menyertai pendakian bersama Kwong Fei dan Jie Jie ]


Kwong Fei nie baru saja pulang seminggu dari Australia. Tanpa apa-apa persiapan dia telah setuju untuk mengikuti pendakian ini bersama kawan dari alam mayanya iaitu Sie Jie Jie, ia sememangnya satu perjalanan yang amat mencabar bagi Kwong Fei. Mana taknya, tak ada pape persiapan dan kelengkapan dia boleh redah pergi macam itu sahaja. Mujur ada Jie Jie yang banyak menyiapkan segala peralatan untuk dia. Memang tabik spring la dekat Jie Jie ini. Ketika kaki Kwong Fei kene hisap dengan lintah pun dia tolong taburkan garam sebab Kwong terlupa membawanya. (Memang macam doreamon sungguh, semua ada)


[ inilah Jie Jie dengan teman lelaki dia agaknya ]

Disebabkan Kwong tidak bersiap sedia dari segi mental dan fizikal, dia hanya mampu mendaki sampai ke Kem Pacat sahaja. Kwong betul-betul sedih tapi nak buat macam mana sebab otot-otot dia memang dah tak mampu nak bertahan. Jadi dia pun turunlah sendirian ke tempat asalnya tadi. setelah diberi Yoko-Yoko dan makanan tengah hari oleh Jie Jie (kan betul macam doraemon). Mujur dia berjumpa dengan Madam Wong bersama dengan kumpulan Madam ini. Madam Wong merupakan pemandu pelancong yang membawa para pelancong melawat Gunung Nuang masa tu. Madam Wong ini memang baik sebab bagi Kwong sertai mereka dan dalam masa yang sama mereka dapat berborak macam-macam perkara. 

[ Madam Wong bersama dengan Kwong Fei ]
  
Sebelum sampai ke pintu masuk Gunung Nuang tadi, satu pemandangan yang tidak berapa enak telah berlaku. Mereka telah menemui pelbagai jenis sampah-sarap dikawasan tersebut. Tak elok la kan buang samapah merata-rata, cacat pemandangan dan buat pencemaran alam dan bau sahaja. Tumbuhan-tumbuhan comel pun tak dapat nak hidup dengan baik dan selesa. Disebabkan itu, Madam telah meminta tolong Kwong agar mengambil gambar dan menasihatkan kepada orang ramai agar dapat menjaga kebersihan alam semula jadi bersama-sama supaya semua orang dapat menikmatinya dengan selesa hingga ke anak cucu nanti.

[ kalau sampah bertaburan seperti ini, macam mana tumbuhan seperti gambar dibawah ini mahu hidup? ]


Oleh itu, diharap agar semua pengunjung agar sentiasa menjaga kebersihan di mana-mana sahaja. Kwong terus tunggu di hadapan pintu masuk untuk menunggu kumpulannya turun. Orang pertama dari kumpulannya sampai ke pintu masuk pada pukul 6.40 petang dan yang terakhir sampai pada pukul 7.20 malam. Sememangnya satu pendakian yang menarik dan aku amat-amat berharap agar sesiapa yang mahu pergi Gunung Nuang ini dapat membaca blognya terlebih dahulu agar semangat untuk pergi ke sana semakin membara. Banyak lagi gambar-gambar yang amat menarik boleh anda semua lihat di blog Kwong ini.

Sampai sini sahaja nukilan dan perkonsian ilmuan kita pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam entry yang akan datang dalam Jom Pusing-Pusing Hulu Langat. Salam 1 Malaysia dan Adios ^O^


FYI:
1. Klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang cerita Daweeya.
2. Klik sini untuk membaca pengembaraan Kwong Fei di Gunung Nuang dengan lebih teruja.
3. Klik sini pula jika anda ingin mengambil Madam Wong sebagai Pemandu Pelancong anda di sana nanti.


Pesanan Penulis:
Idea untuk menulis datang tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Jika idea sudah datang, agar sukar untuk menangguhkannya kerana takut ianya hilang begitu sahaja. Walaupun entry ini agak panjang namun hayati la ia supaya anda dapat memahami bertapa seronok dan gembiranya mereka mendaki Gunung Nuang ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...